berita

Mangsa Ditembak Dalam Lingkungan Jarak 5 Meter – Rakan Arwah Mohd Zahir Ditahan Bantu Siasatan

September 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Negara hari ini digemparkan dengan kematian anak kepada pelakon AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut selepas terkena tembakan senjata jenis M4 ketika sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi Sabah.

Susulan itu, Astro Awani melaporkan anggota tentera yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah Allahyarham telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Ditembak dalam jarak 5 meter

Menerusi laporan tersebut, anggota yang berusia 37 tahun itu telah menembak mangsa dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata api.

Ia disahkan Ketua Polis Daerah Penampang, Dep Supt Haris Ibrahim. Katanya ketika kejadian, mangsa  sedang melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Pada jam lebih kurang 8.25 pagi, seorang Pegawai Tentera berpangkat Mejar telah meninggal dunia akibat tertembak semasa melakukan acara persembahan tembak sempena Majlis Perbarisan Penubuhan Divisyen ke-5 Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Ketika kejadian mangsa telah tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata api semasa acara persembahan tembak di majlis tersebut.

Jenazah disembahyangkan petang ini

Jenazah Mohd Zahir difahamkan akan disembahyangkan di Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, petang ini sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Allahyarham Zahir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi.

Isteri kepada Allahyarham, Nourshafinar Harun ketika dihubungi Utusan Online berkata arwah suaminya itu sempat menghantar pesanan Whatsapp kepadanya dan menyatakan bahawa ini pertunjukan terakhirnya selain turut menyertakan gambar sedang bersiap sedia untuk ke latihan.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×