Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan, bukan lisan dan juga secara fizikal. Gangguan seksual ini boleh memberi kesan kepada psikologi mangsa.
Kebanyakan mangsa sebenarnya terpaksa mendiamkan diri bagi mengelakkan rasa malu dan pandangan negatif masyarakat. Malah, mereka juga bimbang jika menerima ancaman daripada pemangsa itu sendiri. Sehingga ke hari ini, masih tiada akta khas untuk beri keadilan kepada mangsa.
“Banteras gangguan seksual, tiada lagi derita dalam diam”
Menerusi perkongsian Astro Awani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberikan respon berkaitan isu ini.
Saya tidak mahu keadaan ini membelenggu mereka, khususnya wanita dan saya tidak mahu mereka menderita dalam diam. Tahun ini adalah tahun memperkasakan wanita.
Oleh itu, saya memperjuangkan untuk mewujudkan Akta Gangguan Seksual. Akta ini diharap dapat menjadi satu berita kelegaan buat semua mangsa gangguan seksual.
Bukan sahaja memperjuangkan Akta bagi gangguan seksual tetapi beliau juga ingin memperkukuhkan lagi akta bagi keganasan rumah tangga dan mencegah diskriminasi terhadap wanita.
Perjuangan ini dapat membantu wanita untuk lebih berani dalam menceburi lebih banyak peluang-peluang terutamanya dalam kerjaya dimasa depan.
Sumber: Astro Awani