Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang pembonceng wanita yang terjatuh sebelum tergolek dari sebuah motosikal berikutan sebiji kelapa jatuh menghempapnya.
Video tersebut bagaimanapun meraih perhatian daripada netizen yang risau akan keadaannya ketika itu.
Nasib malang pembonceng
Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Mangsa dikenali sebagai Anita Yahaya berusia 59 tahun dipercayai mengalami kecederaan retak pada tulang rusuk dan bahu kiri.
Ujar abang kepada mangsa, Shaari Yahaya, 60, adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor.
Dia masih boleh bercakap dan kini berada di wad Hospital Pulau Pinang.
Ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa sedang membonceng motosikal bersama anak perempuannya dari Titi Teras ke rumah mereka di Teluk Kumbar.
Sumber: Kosmo