berita

Mangsa Kena Langgar Sebelum Dirogol, Peguam Kongsi Kisah Pelaku Putar Belit Cerita Di Mahkamah

March 5th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Seorang peguam yang juga merupakan salah seorang daripada badan NGO kongsi kisah bagaimana perogol cuba memutar belit fakta selepas merogol mangsa. Dalam kejadian itu, pelaku tersebut dipercayai melanggar mangsa sehingga terpelanting ke longkang sebelum merogol mangsa dengan dahsyat. Kes ini berlanjutan ke mahkamah dan ianya berpihak kepada mangsa tersebut kerana berani melaporkan perkara ini.

Kononnya nak tolong lepas dilanggar

Menurut peguam ini, mangsa dilanggar sebelum diangkat masuk ke dalam kereta dengan niat ingin membawa mangsa ke hospital. Namun ianya berlaku sekelip mata apabila si pelaku membawa mangsa langgar tersebut ke rumah sebelum merogolnya. Malah kejadian langgar itu adalah disengajakan pelaku dengan niat ingin merogol.

Mangsa takut dan panik

Lebih memilukan, dalam keadaan tidak berdaya mangsa ditiarapkan oleh pelaku dengan kasarnya dan mengikat tangan mangsa agar tidak bergerak. Mangsa takut dan panik dalam keadaan yang lemah. Kejam sungguh!

Dirogol pelaku

Dalam keadaan tidak berdaya, mangsa dirogol dalam keadaan tangan diikat dibelakang. Walaupun cuba meronta, namun kudrat pelaku tidak dapat dilawan. Mangsa juga takut jika dia dibunuh lalu memujuk lembut agar dilepaskan untuk dihantar ke hospital dan pelaku setuju.

Dilanggar dan dirogol

Setibanya di hospital, mangsa dirawat dan sempat memberitahu dia dirogol dan dilanggar oleh pelaku. Kes ini kemudiannya dilaporkan kepada polis. Mangsa mengalami pendarahan yang teruk akibat dirogol.

Pelaku putar belit fakta

Kes ini turut dibawa hingga ke pembelaan mahkamah, namun si pelaku tidak mengaku bersalah. Menurutnya, dia melanggar mangsa hanya sedikit sahaja dan kemudian mangsa mengajak pelaku untuk minum minum. Si pelaku turut memutarkan belit fakta seolah-olah mangsa dalam keadaan sedar.

Konon suka sama suka

Pelaku turut mendakwa dia dan mangsa suka sama suka melakukan adegan tersebut. Namun pihak mahkamah menolak segala tuduhan pelaku selepas perkara ini disahkan sendiri oleh doktor yang merawat.

Sila buat laporan polis

Peguam ini turut memberi pesan agar wanita di luar sana jika terlibat kes sebegini silalah buat laporan agar perkara ini dapat disahkan oleh pihak ketiga. Segera laporkan ke polis untuk mendapatkan bukti.

Sumber : Aminahtul

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×