berita

Mangsa Keracunan Puding Buih Raya Di Terengganu Meningkat 99 Orang

May 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Pengarah Kesihatan negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus memberitahu bahawa jumlah mangsa keracunan makanan yang berpunca daripada puding buih terus meningkat kepada 74 orang iaitu 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 12 lagi dari daerah Marang.

Terbaru, 25 kes baru turut dilaporkan berlaku di negeri tersebut dan jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat meningkat kepada 99 orang.

Seorang di ICU

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan bahawa setakat ini 77 pesakit berada di Kuala Terengganu manakala, 22 pesakit lagi di Marang. Tambahnya, seramai 35 pesakit menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU). 10 orang pesakit lain dimasukkan ke hospital swasta dan 23 lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta.

Bagaimanapun, 11 pesakit di HSNZ dan seorang pesakit di hospital swasta masing-masing sudah dibenarkan keluar hari ini. Semua pesakit di wad dilaporkan stabil kecuali pesakit di ICU yang dilaporkan berada dalam keadaan tenat. Selain itu, seramai 31 lagi mangsa keracunan dikesan namun simptom yang dialami mereka tidak memerlukan rawatan di hospital.

Beli puding buih dalam talian

Sebelum ini, seramai 48 individu dipercayai mengalami keracunan makanan selepas membeli puding buih secara dalam talian pada 22 Mei yang lalu. Susulan daripada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel turut dilakukan oleh  Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

JKNT turut menutup dapur premis jualan peniaga puding buih berkenaan mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun ini.

Sebanyak 11 ujian swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×