berita

Mangsa Langgar Van Putih Sempat Bagi ‘Hint’ Nak Pergi Jauh

November 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan dikenali Nur Alisha Safiya Mohd berusia tujuh tahun, dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Ketika kejadian, kanak-kanak ini telah dilanggar oleh sebuah van berwarna putih. Bagaimanapun, pemandu van tersebut yang merupakan wanita warga tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan

Artikel Berkaitan: Pelajar Dilanggar Van Depan Tadika Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Rakaman Video Kanak-Kanak Perempuan Dilanggar Sebelum Digilis Van Tular

Artikel Berkaitan: Tak Sedar Langgar Budak Sekolah Melintas Jalan, Pemandu Van Ditahan Polis

Mahu pergi meninggalkan keluarga

Foto: Berita Harian

Ujar nenek kepada mangsa iaitu Mahani Hamid berusia 68 tahun, cucunya sebelum ini pernah memaklumkan yang dia mahu meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya.

Menantu beritahu, arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya.

Difahamkan, hujung minggu yang lalu, mangsa sempat pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.

Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.

Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini.

Sangat rapat dan manja

Foto: Berita Harian

Ujar abang sulung kepada mangsa iaitu Muhammad Aiman Firdaus ketika insiden tersebut berlaku, dia berada di rumah selepas tamat sesi persekolahan di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kejadian yang menimpa adik bongsunya itu hanya diketahui selepas diberitahu oleh bapa saudaranya yang datang ke rumah.

Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.

Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×