berita

‘Mangsa Trauma Perlu Sokongan & Kaunseling’ – Caprice Buka Minda Netizen Tentang Aib VS Jenayah

September 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pelakon, Puteri Balqis dan ibunya iaitu Norashikin Mohd. Aziz tampil mendedahkan pengalaman pahit yang dialami oleh mereka sejak 15 tahun yang lalu.

Artikel berkaitan: Disuruh Tidur Dalam Bilik Ramai Lelaki & Dipaksa Buat Aksi Lucah Depan Anak, Ibu Puteri Balqis Dedah Sikap Suami – ’15 Tahun Kami Diam’

Artikel berkaitan: Ditegur Tidak Baik Buka Aib Ayah Secara ‘Public’, Netizen Sedih Dengar Kisah Puteri Balqis

Artikel berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?

Beza aib dan jenayah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Susulan daripada itu, penyanyi rap, Caprice telah tampil memberi pendapatnya berhubung pendedahan Balqis. Menurut Caprice terdapat perbezaan di antara aib dan jenayah. Oleh itu, dia faham kenapa Balqis melakukan tindakan yang sedemikian.

Aib dan jenayah ni perkara yang berbeza. Kalau macam kes ni dah boleh kira jenayah gangguan seksual. Masyarakat perlu faham bahawa jenayah sebegini bukan suatu perkara yang remeh. Tindakan mangsa sekurangnya-kurangnya membuka mata masyarakat agar jadi lebih berani sekiranya berdepan dengan tragedi ‘hitam’.

Tambah Caprice, mentaliti mengenai perlu menjaga aib perlu dibuang sekiranya seseorang berada dalam situasi yang sukar. Jelasnya lagi, mangsa gangguan seksual memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak terutama pakar kaunseling. Ini kerana, dia perlu membina kehidupan yang baru dan fokus mengenai masa hadapan.

Menjengah di ruangan komen, warganet berharap Balqis dan ibunya tabah menjalani kehidupan yang mendatang. Mereka juga berharap isu yang diluahkan oleh Balqis ini dapat diselesaikan dengan cepat dan dijadikan pengajaran buat semua.

Sumber: Caprice

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×