Setiap apa yang dirancang oleh seseorang manusia itu tidak semestinya akan diperoleh dengan mudah dan dalam waktu yang terdekat.
Ketahuilah setiap apa yang dikurniakan itu adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya dan tidak wajar untuk seseorang Muslim itu mempunyai sifat prasangka kepada Allah SWT.
Apakah boleh jika seseorang itu mempunyai prasangka kepada Allah SWT dan apakah hukum jika berbuat demikian?
Artikel Berkaitan: Lan Pet Pet Mahu Meninggal Dunia Di Tanah Haram, Ini Kelebihan Dikebumi Di Perkuburan Baqi’
Wajib sangka baik pada Allah SWT
Gambar sekadar hiasan
Menerusi soal jawab bersama pengguna, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman web rasminya menjelaskan bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi seseorang mukmin untuk bersangka baik kepada Allah SWT.
Bukan itu sahaja, mereka perlulah memperbanyakkan lagi bersangka baik kepada-Nya ketika ditimpa musibah dan ujian.
Dan ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya melainkan ia sesuai dengan kemampuan mereka.
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.
Surah al-Baqarah: 286
Hukum buruk sangka pada Allah
Gambar sekadar hiasan
Berbalik kepada pertanyaan pengguna, Dr. Zulkifli menjelaskan bahawa antara sebab manusia bersangka buruk dengan Allah adalah apabila mereka tidak memahami maksud doa mustajab.
Dan apabila doa dan permintaan mereka tidak dikabulkan, mereka akan menyalahkan Allah dan bersangka buruk terhadap Allah kerana tidak menunaikan permintaan dan doa mereka.
Justeru, adalah menjadi satu dosa besar bagi seseorang manusia itu jika bersangka buruk kepada Allah dan sifat itu merupakan satu bentuk dosa yang besar yang harus dihindari.
Nabi Muhammad SAW juga melarang umatnya untuk merungut dan menyalahi takdir yang ditetapkan Allah SWT sehingga bersangka buruk kepada-Nya.
Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan, ‘Kalaulah aku melakukan itu dan ini’. Akan tetapi katakanlah, ‘tTakdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi.’
Secara kesimpulan, hukum bersangka buruk dengan Allah SWT adalah satu dosa besar dan wajib bagi seseorang yang melakukannya untuk bertaubat.
Sumber: Maktabah Al-Bakri