Media sosial milik pelakon Erynne Erynna telah dihujani dengan sokongan daripada warganet selepas mengumumkan perceraiannya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Erynne Erynna Umum Sudah Bercerai, Rumah Tangga Hanya Bertahan Lima Tahun – ‘Bekas Suami Baik & Bertanggungjawab’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
Perkongsian Erynne
View this post on Instagram
Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynna Abdullah memuat naik beberapa foto yang mengandungi kata-kata hikmah (quotes) Islamik.
Di ruangan kapsyen, Erynne juga menulis tentang pengajaran daripada kehadiran setiap insan yang ditakdirkan wujud di dalam hidupnya.
Manusia, setiap yang Allah hadirkan dalam hidup ini ada tujuannya. Ada yang Allah hadirkan sebagai anugerah ataupun pengajaran.
Ada yang Allah hadirkan sebagai rezeki ataupun dugaan, ada yang Allah hadirkan sebagai nikmat ataupun ujian.
Bagaimanapun, pelakon filem Cinta itu tetap bersyukur kerana setiap insan yang dikenali telah membentuk siapa dirinya.
Namun walau apapun tujuannya, ku tetap bersyukur kerana sesungguhnya setiap manusia yang Allah telah dan akan hadirkan dalam hidup ini, sedikit sebanyak telah dan akan mengajar ku untuk menjadi seorang manusia yang seperti kalian mengenali ku.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat aktres berusia 27 tahun itu dan mendoakannya agar tabah dalam mengharungi setiap ujian.
Semoga awak sentiasa kuat. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Allah berikan segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat untuk awak.
Kata kata yang memberi semangat, sesungguhnya kau wanita kuat.
Semoga kita sentiasa tidak pernah lupa untuk bersyukur dengan setiap ujian dan anugerah dariNya. Stay strong to you.
Terdahulu, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Erynne memaklumkan sudah bercerai dengan suaminya, Afify Sazali.
Pasangan itu berkahwin pada 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Erynne Erynna