Tidak dinafikan, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan paling mencabar untuk menentukan arah tuju dan bidang yang akan diceburi pelajar. Keputusan yang cemerlang akan melayakkan mereka ke bidang dan universiti terhebat di dalam atau luar negera.
Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah tindakan tidak matang pelajar menyerang pengguna Instagram dimana namanya secara kebetulan keluar di dalam kertas peperiksaan.
Nama keluar dalam kertas Bahasa Inggeris
Diserang budak SPM
Difahamkan di dalam kertas peperiksaan Bahasa Inggeris semalam, nama Melissa dan aktiviti paragliding secara kebetulan menyamai seorang pengguna Instagram. Oleh sebab itu, akaun peribadinya secara tiba-tiba mendapat komen yang banyak daripada pelajar SPM.
Permohonan maaf
Walaubagaimanapun, beberapa indvidu telah memohon maaf kepada pemilik Instagram yang terjejas dengan perkara ini. Dia menerangkan secara terperinci mengapa akaunnya tiba-tiba diserang. Laura Melissa yang hanya tergelak kecil meminta contoh soalan untuk dilihat namun sayang mereka tidak dibenarkan untuk menyimpannya.
Sumber : Khuzrin Kamarudin , Laura Melissa