berita

Maraton Drama Lakonan Tiz Zaqyah & Remy Ishak, “Cinta Jangan Pergi”

April 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Cinta Jangan Pergi

Bagi semua peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama lakonan terbaru gandingan mantap kedua-dua pelakon ini berjudul “Cinta Jangan Pergi,” yang bakal ditayangkan mulai 6 April ini di TV9.

Secara umumnya, drama bersiri ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, namun begitu memandangkan pada Ahad (7 April) bakal berlangsungnya majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), oleh itu pihak TV9 bakal menayangkan maraton untuk episod pertama dan kedua drama tersebut pada Sabtu ini bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini adalah Nadia Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.

Berikut kami lampirkan trailer drama ‘Cinta Jangan Pergi’ buat tontonan anda semua. Jom layan!