Pelakon Datin Seri Maria Farida mengakui dia masih menerima gangguan nakal daripada lelaki muda yang mahu mendekatinya.
Artikel Berkaitan: Maria Farida ‘Throwback’ Gambar 27 Tahun Bersama Anak, Netizen Minta Tips Awet Muda – ‘Kalau Dia Jual Produk Kecantikan, Aku Beli’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayu Nazirah Akui Bergaduh & Sudah Berbaik Dengan Nourul Depp, Nafi Maria Farida Punca Utama
Selalu diganggu lelaki
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Maria memberitahu dia sering menerima gangguan daripada ramai lelaki yang mahu mencuba nasib. Meskipun sudah berumah tangga, Maria berkata, dia masih menjadi sasaran golongan lelaki miang seperti itu.
Maria yang ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Fiziwoo, Jumaat lalu, turut berkata, dia tidak tergugat dengan segala gangguan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Rahman Sakur.
Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial. Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang ditawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan. Saya bahagia dan tak perlukan semua itu.
Tambah Maria lagi, dia tidak melayan segala usikan nakal seperti itu. Ujar pelakon drama ‘Astana Idaman’ ini, dia menganggap usikan tersebut sebagai gurauan.
Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu. Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu.
Sekadar info, Maria antara selebriti wanita yang sering menjadi perhatian netizen dek kerana raut wajahnya yang jelita. Rata-rata netizen berkata, wajah pelakon berusia 55 tahun ini tidak dimamah usia.