Gara-gara menjadi isteri kedua kepada seorang jejaka bernama Ahmad Aslam, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania digelar ‘penyondol’ oleh netizen.
Artikel Berkaitan: Netizen Imbau Peristiwa 19 Tahun Lalu Abby Abadi Lahirkan Marissa Dania Dalam Kereta – ‘Seorang Mak Sanggup Bertarung Nyawa’
Artikel Berkaitan: Muat Naik Momen Seronok Berbuka Puasa Dengan Marissa, Netizen Dakwa Memey Suhaiza Tak Sensitif?
Marissa digelar penyondol?
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, sama ada suka atau tidak, anaknya perlu menerima gelaran itu termasuk segala kritikan yang dilemparkan netizen.
Jelas Abby, dia sebagai ibu tidak pernah menyangka Marissa akan bergelar isteri kedua dan hidup berpoligami.
Banyak kata-kata netizen yang mengguris hati saya. Baik atau buruk macam mana pun perangai dia, Marissa tetap anak saya. Sebenarnya saya tidak berharap itu (jadi isteri kedua) berlaku.
Saya sudah banyangkan yang indah-indah untuk kehidupan anak-anak saya. Tapi bila berlaku sesuatu di luat jangkaan memang sangat-sangat terkejut.
Marissa kena terima semua itu (tomahan) sebab itu atas perbuatan dia. Namun saya sebagai ibu apabila orang bercakap fasal anak saya, ada sehingga yang keterlaluan.
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Astro Gempak.
Bagaimanapun, kata aktres berusia 46 tahun itu, netizen tidak boleh menyalahkan anaknya seorang sahaja berhubung isu yang sedang diperkatakan orang ramai ketika ini.
Ada yang terlalu menyalahkan Marissa seorang, Aslam itu macam tidak mampu berjalan dengan kaki dia sendiri. Pada saya itu tidak patut, kena salahkan dua-dua.
Apa yang terjadi memang saya sedih, saya harapkan nanti keadaan akan dapat diperbaiki. Perkara ini perlu diselesaikan.
Terdahulu, Abby akhirnya mengesahkan bahawa Marissa sudah pun bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand.
Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Marissa sudah bernikah dengan bapa kepada dua cahaya mata yang dikenali sebagai Ahmad Aslam.
Aslam juga mempunyai seorang isteri bernama Umisya Mazlan.
Sumber: Gempak