Pelakon dan usahawan, Norman Hakim berkongsi khabar gembira apabila dua anak perempuannya, Marissa Dania dan Maria Danisha bakal menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Raih Keputusan Cemerlang Bagi Subjek Teras SPM 2025

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Papa Minta Maaf Buat Kamu Rasa Tidak Dipedulikan, Perasaan Kamu Penting’ – Coretan Norman Hakim Buat Anak Bongsu

Marissa Dania sambung belajar

Menerusi hantaran di Instagram, Norman memaklumkan perancangan asal hanyalah untuk mendaftarkan Danisha ke universiti. 

Namun, pihak universiti mencadangkan laluan pendidikan bersama buat dua beradik itu dari peringkat Diploma ke Ijazah Sarjana Muda.

Melihat keputusan SPM Marissa memberansangkan dan penerimaan sangat positif diatas proposal yang dicadangkan, maka perancangan asal terus berubah.

Menurut Norman, kedua-dua anaknya akan mengikuti jurusan sama dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan, namun bakal memilih pengkhususan berbeza apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak.

Kedua-duanya akan mengambil jurusan yang sama dalam Pengurusan & Pentadbiran Perniagaan cuma pada peringkat Bachelor akan lebih khusus pada Accounting buat Danisha & Human Resources buat Marissa.

Dalam masa sama, Norman turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak universiti yang banyak membantu merancang perjalanan pendidikan anak-anaknya.

Pihak universiti beri fleksibiliti buat Marisaa untuk berulang disebabkan komitmen perniagaan menguruskan label perniagaannya.

Tambahnya lagi, sesi pengajian mereka dijangka bermula antara Julai hingga September ini dan dia berharap segala urusan anak-anaknya dipermudahkan.

Sumber: Instagram Norman Hakim