Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar sehingga boleh mengundang fitnah.
Artikel Berkaitan: Aslam & Umisya Ada Sebab Buat ‘Live’ Walaupun Marissa Sedang Berpantang – ‘Bukan Ambil Kesempatan, Kami Terpaksa’
Artikel Berkaitan: Kakak Nafi Umisya ‘Bertepuk Tangan’ Susulan Ujian Menimpa Marissa – ‘Dia Tak Berseronok, Malah Datang Tolong Mandi & Solatkan Jenazah’
Jaga percakapan
Menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa berpesan untuk menjaga tutur kata dan percakapan.
Berhenti sebarkan khabar angin yang boleh membawa kepada fitnah dengan kata-kata dan andaian yang tidak tepat.
Dalam hantaran sama, anak kepada pelakon Abby Abadi ini turut menyentuh mengenai aib seseorang yang masih dipelihara Allah.
Berjaga-jaga dengan apa yang dikata dan difikirkan. Bersyukurlah aib kita masih Allah jaga.
Terdahulu, media melaporkan bayi sulung kepada Marissa telah meninggal dunia sewaktu dilahirkan dalam keadaan pra matang.
Difahamkan, Marissa yang sedang hamil enam bulan terpaksa dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas mengadu sakit perut.
Sementara itu, suami kepada Marissa, Ahmad Aslam mengesahkan berita tersebut dan meminta orang ramai mendoakan isterinya kembali sihat.
Sumber: Instagram