Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania tampil membalas komen seorang warganet yang menegur perkataan Bahasa Inggeris yang digunakannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harga ‘Handbag’ Marissa Dania Lebih RM30k? – ‘You Have Very Good Taste’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Nak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?’ – Marissa Dania
Marissa tak berdiam diri
Menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa memuat naik foto dia sedang menikmati minuman beserta kapsyen dalam Bahasa Inggeris.
My moves have to either make sense or make money.
Tidak lama selepas itu, seorang warganet menegur Marissa berikutan terdapat kesalahan pada istilah Bahasa Inggeris yang digunakan.
Individu tersebut juga mencadangkan Marissa menggunakan wangnya untuk memperbaiki kemahiran dalam Bahasa Inggeris dengan mengikuti kelas.
‘Made sense.’
Mungkin boleh gunakan duit itu untuk belajar bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Tidak berdiam diri, Marissa kemudian membidas komen tersebut dan dalam nada tegas dia meminta untuk semua orang di luar sana menjaga hal masing-masing.
Untuk ketika ini saya memberitahu awak semua supaya hanya memikirkan tentang kehidupan awak sahaja.