

Pelakon Marissa Yasmin mengakui kehidupannya tidak mudah sepanjang hidup kerana berdepan dengan insan yang taasub pada diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Marissa Yasmin ‘Letih’ Naik Turun Mahkamah, Bekas Suami Buat Rayuan Ubah Keputusan Asal Tuntutan Harta Sepencarian
Artikel Berkaitan: ‘Untuk Sekarang, Rangkul Yang Mahu Sejalan’ – Marissa Dania
Tidak mudah

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 48, berkata sukar untuk meneruskan hidup bersama individu yang memiliki sifat narsistik terutamanya dalam perhubungan.
Pelakon drama Pabila Dia Tersenyum itu juga berkata kebiasaannya mereka yang didera akan terlihat jahat manakala golongan itu pula menjadi mangsa.
Watak narsistik ini sangat dekat dengan diri saya kerana saya pernah berdepan dengan individu yang berperwatakan seperti itu.
Disebabkan itu, saya boleh membezakan jika seseorang itu pernah berdepan dengan orang narsistik atau tidak.
Untuk hidup dengan seseorang yang mempunyai sifat narsistik tidak mudah.
Yang selalu nampak jahat adalah orang yang kena dera dan narsistik pula yang akan nampak seperti mangsa.
Mengulas lebih lanjut, Marissa berkata dia memerlukan kekuatan diri untuk keluar daripada kancah itu kerana dia hampir kehilangan dirinya semasa berdepan situasi itu.
Ia memerlukan satu kekuatan diri kerana apabila hidup dengan seseorang narsistik, kita akan hilang diri, kekuatan dan segalanya.
Apabila berdepan dengan mereka, kita perlu mempunyai bukti yang kukuh walaupun pada akhirnya mereka akan mencari jalan untuk membuatkan kita salah.
Lapan bulan terperangkap

Ketika ditanya bagaimana dia membebaskan dirinya daripada golongan itu, Marissa berkata dia menetapkan garis masa dalam hidupnya.
Jelasnya, kira-kira lapan bulan hidupnya terperangkap dengan insan itu.
Saya mendapat kekuatan untuk keluar daripada kancah itu apabila saya memberi masa berapa lama nak tahan dengan perangai mereka.
Lebih kurang tujuh hingga lapan bulan saya tahan tetapi itu pun lama.
Dengan harapan, kita doa dekat Tuhan semoga pintu hatinya dibuka dan beri perubahan.
Kalau beri peluang kepada mereka, mereka akan gunakan kita sampai kita ‘lunyai’. Narsistik ini tidak akan berubah kerana ia tidak ubat.





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)


