berita

Marissa Yasmin ‘Letih’ Naik Turun Mahkamah, Bekas Suami Buat Rayuan Ubah Keputusan Asal Tuntutan Harta Sepencarian

July 14th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Marissa Yasmin, 45, sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega apabila perjuangan mempertahankan hak selepas berdepan konflik bersama bekas suami berakhir pada hujung 2020.

Lima hingga enam tahun naik turun mahkamah

Menerusi laporan Harian Metro, keputusan mahkamah membabitkan harta sepencarian menyaksikan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami, Muhzir Mohd Zainuddin, kepadanya perlu dibayar semula.

Bagaimanapun, pelakon tersebut kecewa apabila bekas suaminya itu bertindak membuat rayuan untuk mengubah keputusan asal yang diputuskan pada 2020.

Benda ini selesai pada 2020 dan sepatutnya selepas mahkamah buat penghakiman, kena buat pelaksanaan. Saya naik turun mahkamah untuk kes harta sepencarian pun memakan masa lima hingga enam tahun.

Bila dapat keputusan penghakiman, saya rasa lega sikit. Tiba-tiba dia nak buat rayuan minta kurangkan lagi.

Bagi saya tak apa, nak buat macam mana lagi. Di pihak mahkamah pula memang ada platform untuk mereka buat rayuan.

Pembahagian rumah dalam nilai anggaran RM1 juta ini menyaksikan Marissa akan menerima 75 peratus haknya, manakala Muhzir sebanyak 25 peratus.

Ada juga sejumlah wang yang dia berhutang dengan saya, dia kena bayar balik. Kami ada kereta dan ia jatuh harta sepencarian perlu kena bahagi. Ada tiga kereta dan masing-masing dapat bahagian seorang sedikit.

Tapi yang itu saya pun tak tahu apa jadi dengan kereta. Cuma sekarang tunggu dokumen daripada pihaknya sebagai perayu dan dari situ saya akan tengok sama ada pendaftar mahkamah luluskan atau tidak.

Satu perkara saja saya minta. Apa saja yang mereka nak kemukakan, tak boleh lain dari apa yang pernah kita bicarakan di mahkamah dulu. Saya nak selesaikan secepat mungkin dan tak nak ingat lagi. Masing-masing perlu gembira pada masa depan.

Sekadar info, Marissa atau nama sebenarnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob bercerai talak satu dengan Muhzir yang juga Pengurus Jualan Teknologi Maklumat pada tahun 2016.

Kisah perceraian pasangan ini tidak berakhir seperti pasangan lain apabila Muhzir bertindak mengemukakan empat saman terhadap Marrisa. Keputusan akhir tersebut ternyata berpihak kepada Marissa apabila memenangi kes pada tahun 2020.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×