berita

Marsha Milan Sudah 10 Tahun Bergelar Muslim, Akui Gementar Setiap Kali Bulan Ramadan

March 24th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Penyanyi Marsha Milan berkongsi sudah sepuluh tahun bergelar seorang Muslim dan menyambut bulan Ramadan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Selesa, Itu Rumah Keluarga’ – Marsha Milan

Artikel berkaitan: Capai Kata Sepakat Dengan Suami, Marsha Rancang Cuba Rawatan IVF

Gementar untuk berpuasa

Menerusi perkongsian di TikTok Pa & Ma, Marsha akui rasa gementar apabila tibanya bulan Ramadan kerana bimbang tidak dapat melakukannya.

Daripada tahun 2015 sehingga sekarang sudah 10 tahun saya berpuasa. Alhamdulillah. Secara jujurnya, setiap kali nak berpuasa memang saya rasa gementar.

Memang okay kalau nak berpuasa sunat dua minggu tapi kalau berpuasa selama sebulan tu rasa macam boleh ke? We question ourselves.

‘Lebih dekat kepada Allah’

Namun, pelantun lagu Cinta ini sudah dapat membiasakan diri dan merasakan ibadah berpuasa dapat menjadikan dirinya lebih kuat selain mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

Tetapi selepas 10 tahun saya dah terbiasa dan membuatkan saya rasa lebih kuat dan dekat kepada Allah, Insya-Allah.

Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×