berita

Marsha Milan Teruja, ‘Cinta’ Bakal Berkumandang Di Slot Akasia: Masih Ada Rindu

June 9th, 2021 | by Wan
Video Popular

Pasangan romantik Akim dan Stacy atau nama pena mereka Hang Nadim dan Bunga Cantik telah menghasilkan sebuah lagu istimewa berjudul “’Cinta’. Lagu hasil kerjasama Monkeybone dan Rhythm & Rhyme Entertainment ini akan didendangkan oleh pelakon, model dan penyanyi popular yang berasal dari Sabah iaitu Marsha Milan Londoh.

Lebih menarik lagu tersebut bakal menjadi salah satu lagu soundtrack bagi drama Akasia: Masih Ada Rindu yang diterbitkan oleh Nuansa Film Productions.

Marsha paling sesuai

Jelas Stacy pada mulanya dia dihubungi oleh Marsha yang meminta untuk menghasilkan lagu buatnya. Selepas berbincang bersama Akim, mereka bersetuju untuk memberikan lagu yang diilhamkan ketika sedang ‘jamming’.

Saya tanya Marsha apa arahan muzik yang dia mahukan dan dia mahukan lirik yang menggambarkan kekuatan seseorang umpama dilahirkan semula. Semasa berbincang dengan Akim, kami rasa lagu yang tercipta masa jamming kami itu mempunyai elemen yang diminta dan sesuai untuk Marsha. Apatah lagi lagu ni teknikal sikit dan memerlukan penyanyi yang boleh suara rendah dan terus pergi ke nada tinggi dan Marsha adalah orang yang paling sesuai!

Single ‘Cinta’ edaran MonkeyBone ini akan dilancarkan di semua platform digital serentak dengan tarikh siaran Akasia: Masih Ada Rindu yang disiarkan di TV3 pada 2 Jun 2021. Drama arahan Osman Ali terbitan Nuansa Film Production ini turut menampilkan Mimi Lana dan Farid Kamil sebagai watak utama.

Pada masa yang sama, Marsha juga teruja apabila lagu nyanyiannya bakal berkumandang dalam drama Akasia: Masih Ada Rindu.

Ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila lagu Cinta dipilih untuk menjadi salah satu lagu tema bagi drama Masih Ada Rindu yang mewarnai slot Akasia. Lebih teruja apabila lagu yang dibawakan ini sangat segar dari susunan muzik dan lirik. Ini lah lagu yang ingin saya sampaikan kepada pengikut dan peminat saya. Pastinya drama ini dapat membuatkan lagu Cinta menjadi siulan ramai sekaligus memberi impak kepada penonton untuk lebih menghayati drama Masih Ada Cinta melalui melodi dan lirik. InsyaAllah.

Lagu ini dijangka menjadi hit dengan penangan drama di Akasia TV3 dan apatah lagi dengan sokongan daripada pengikut Instagram Marsha yang mencapai lebih 900 ribu pengikut. Begitu juga dengan Akim dan Stacy yang masing-masing mempunyai 1.6 juta dan juga 2 juta pengikut.

Jangan lupa untuk mendengarkan lagu Cinta di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes sekarang.

SKIP THIS AD ×