Sebelum ini, penyanyi Marsha Milan Londoh enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu kontroversi membabitkan konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Kunci Mulut Berhubung Kontroversi Konsert Sumandak Stars – ‘Saya Belum Jumpa Penganjur Untuk Berbincang’
Artikel Berkaitan: Queen Of Soul Azharina Azhar & Ayu Damit Bakal Meriahkan Konsert A Night With Sumandak Stars
Terbaru, Marsha tampil memberitahu dia bakal menyertai konsert tersebut.
Tak tarik diri
Menurut Marsha, sebelum ini dia memilih untuk mengunci mulut kerana belum berjumpa dan berbincang dengan pihak penganjur.
Pada ketika itu saya tak dapat apa-apa informasi daripada pihak penganjur. Alhamdulillah, beberapa hari lepas baru saya jumpda pihak penganjur dan baru dapat gambaran mengenai konsert itu. Jadi saya nak bagitahu yang saya turut serta.
Tambah Marsha, dia seorang yang sangat menitikberatkan segala hal sebelum bersetuju melakukan sesuatu perkara.
Saya jenis yang particular dan ambil tahu setiap details event. Baru konfiden nak buat persembahan. Sebagai seorang yang mewakili Sabah dalam industri muzik, saya tak kisah berkongsi platform dengan orang kampung saya. Semua dalam itu mencari rezeki.
Berbicara lebih lanjut, Marsha berkata, hubungan dia dengan pihak penganjur dalam keadaan baik.
Saya dah jumpa mereka dan saya tahu tugasan saya. Saya buat ini sebab semangat kenegerian.
Sekadar info, Konsert A Night With Sumandak Stars yang akan berlangsung pada 30 November ini di Zepp Kuala Lumpur menampilkan barisan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Azharina Azhar, Ayu Damit, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie, Bella Astillah, Didi Astillah, Salma Asis dan Marsha Milan.