berita

‘Maruah, Agama & Bangsa Di Tangan Anda’ – Bront Palarae Tegur Menteri, YB

July 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sejak Persidangan Dewan Rakyat dimulakan beberapa hari yang lepas, terdapat banyak kontroversi melibatkan ahli-ahli parlimen yang bertikam lidah ketika menghuraikan hujah masing-masing. Susulan daripada itu, pelbagai potongan video telah viral di media sosial ketika sidang tersebut berlangsung.

Artikel berkaitan‘Diri Saya Sendiri Pun Gelap’ – Ahli Parlimen Baling Mohon Maaf Isu ‘Gelap, Pakailah Bedak’

Perdebatan yang berlaku juga telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terhadap sikap sesetengah ahli parlimen. Di Twitter, pelakon, Bront Palarae memohon kesemua ahli parlimen beringat sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.

Tontonan warga dunia

Bront Palarae telah memuat naik satu status di akaun Twitternya dengan mengingatkan kepada para menteri dan ahli parlimen supaya menjaga adab ketika bersidang. Ini kerana, video yang dirakam pasti akan dilihat oleh anak cucu pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, kesemua mereka seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik buat masyarakat di negara sendiri mahupun masyarakat luar yang menonton. Antara isu yang berbangkit sejak Dewan Rakyat dimulakan, Ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan rasis dan seksis. Beliau didakwa mengeluarkan perkataan gelap dan pakailah bedak kepada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Di samping itu, berlaku sedikit kekecohan berhubung isu pelantikan speaker, isu pembentangan bajet dan beberapa isu lain yan dibangkitkan. Video Syed Saddiq didakwa diejek ketika berbahas turut mencuri tumpuan netizen. Beberapa ahli parlimen cuba melakukan provokasi dengan memerli beliau ketika bangun dari tempat duduknya bagi menyambung hujahan Tun Dr Mahathir.

Exactly bro!

Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh pelakon filem ‘Bunohan’ itu. Malah, mereka mengakui bahawa kejadian tersebut sangat memalukan dan tidak baik buat negara.

Sumber: Bront Palarae

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×