Personaliti media sosial, Maryam Younarae berkongsi mengenai sikap konsisten yang ditunjukkan suaminya, Ryzal Ibrahim sepanjang tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Artikel Berkaitan: ‘Ikut Islam Bukan Sebab Orang Suruh, Tapi Saya Nak Hidup Dengan Rasa Syukur Atas Nikmat Yang Allah Bagi’ – Maryam

Artikel Berkaitan: Maryam Syukur Pengalaman Jadi Duta Tudung Bawa Perubahan Positif – ‘Semoga Peluang Yang Sama Menjadi Sesuatu Yang Baik’

Bentang sejadah

Menerusi perkongsian di Threads, Maryam memaklumkan Ryzal sentiasa membentangkan sejadah untuknya setiap kali mereka menunaikan solat berjemaah.

Menurut Maryam, meskipun perkara tersebut dilihat kecil namun cukup bermakna buatnya kerana menunjukkan Ryzal seorang suami yang bertimbang rasa dalam membimbingnya mendalami ilmu Islam.

Setiap kali solat, suami mesti tolong bentangkan sejadah untuk saya. Lepas itu, tunggu saya sekali.

Perkara kecil saja tapi dah tujuh tahun dia masih buat macam ini.

Perkara macam ini yang buat saya rasa suami memang seorang yang bertimbang rasa.

Pada hantaran yang sama, rata-rata netizen memuji sikap Ryzal yang berusaha sehabis baik membimbing keluarganya mendalami agama Islam.

Netizen puji

Sumber: Threads @maryam younarae