berita

Maryam Younarae Niat Wakaf 50,000 Pasang Khimar Di Masjid Seluruh Malaysia & Korea Selatan

December 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Maryam Younarae

Usahawan dan pelakon Maryam Younarae, 31, memasang niat untuk mewakafkan sebanyak 50,000 pasang khimar jenama miliknya di masjid seluruh Malaysia dan Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Dakwa Kena Tipu Kes Jual Beli Tanah Bernilai RM500k

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terpegun Dengar Nyanyian Maryam – ‘Jangan Terkejut Kalau Lepas Ni Dia Ada Lagu Sendiri’

Wakaf 50,000 khimar

Maryam Younarae

Ketika ditemui OhBulan!, Maryam berkata dia terdetik untuk berbuat demikian selepas melihat telekung wanita yang diwakafkan di sebuah masjid di Korea kelihatan sudah lusuh.

Disebabkan itu, dia mengambil pendekatan untuk melancarkan pakaian khimar yang juga sesuai untuk dijadikan persalinan solat agar memudahkan urusan para jemaah wanita.

Ceritanya bermula pada suatu hari Rizal bawa saya ke sebuah masjid di Korea dan waktu itu saya belum lagi peluk Islam. Di masjid itu saya lihat banyak telekung yang disusun untuk pengunjung wanita yang bukan Islam.

Dan baru-baru ini, saya ke masjid itu lihat telekung itu sudah lusuh dan agak lama, jadi dari situ keberanian saya datang untuk bawa masuk khimar ke sana dan tunjukkan kepada masyarakat Korea.

Kawan-kawan dan keluarga Korea saya tanya tak panas ke pakai khimar, saya jawab tidak. Mereka kena cuba sendiri baju ini. Sebab itu saya ingin mereka cuba di masjid yang saya letak nanti.

Saya akan mulakan dengan masjid di Damansara, mungkin ada di kalangan jemaah yang terlupa bawa persalinan telekung, jadi dengan khimar ini boleh membantu mereka untuk menunaikan solat, insya-Allah.

Saya rancang untuk wakafkan sebanyak 50,000 pasang khimar di masjid seluruh Malaysia dan Korea. Memang akan tinggalkan di masjid, tidak akan ambil semula.

Maryam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC, baru-baru ini.

Tanggapan orang Korea

Maryam Younarae

Sementara itu, disoal mengenai penerimaan orang Korea tentang khimar, Maryam menjawab penduduk di sana kelihatan janggal dengan pakaian tersebut sewaktu dia menggayakannya di sebuah pasaraya.

Bagaimanapun, menurut Maryam hal itu tidak akan mematakahkan semangatnya untuk terus memperkenalkan khimar di Korea dan dalam masa sama dapat menyebarkan dakwah Islam.

Sebenarnya bila saya pakai khimar di Korea pada bulan 10 yang lalu, saya berjalan di sebuah pasaraya dan ramai orang lihat saya ketika itu sehingga video saya tular.

Saya juga manusia biasa, tipu kalau saya tak takut bila masyarakat saya lihat saya, apa mungkin yang sedang mereka fikirkan bila tengok saya pakai khimar.

Pertama kali saya merungut pada Allah, kenapa saya dilahirkan di Korea kenapa tidak di Malaysia. Saya kemudian fikir dan berdoa, sebenarnya itu adalah kelebihan yang diberikan untuk saya.

Saya dipilih Allah peluk Islam agar dapat sebarkan dakwah di Korea, faham lebih tentang Islam. Saya sebagai pengantara untuk mereka dan boleh jelaskan betapa indahnya agama Islam.

Selepas ini tak perlu takut, tunjuk sahaja kebaikan Islam kepada umum. Itu lah yangs saya belajar dari suami. Semua itu adalah proses pembelajaran.

Sementara itu, suami kepada Maryam iaitu Rizal Ibrahim berkata projek Khimar MaryamNarae seratus peratus diuruskan sendiri oleh isterinya.

Untuk projek yang ini saya menyerahkan 100 peratus pada Maryam, sebab itu brand khimar ini guna nama Maryam Younarae dan bukan brand kami bersama iaitu Durian Kimchi.

Saya mahu dia bergerak sendiri, cuma saya sentiasa berada di belakang dia untuk beri nasihat.

Khimar MaryamNarae hadir dengan tujuh pilihan warna iaitu, nude, soft blue, sage green, dark brown, peach, white dan black serta dijual dengan harga RM159 sepasang.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

SKIP THIS AD ×