Semalam, Marygrace dinobatkan sebagai juara bagi program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mary Grace ‘Hanyutkan’ Penonton Dengan Emosi Bernyanyi, Terkenang Momen Trauma Mendiang Ayah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Impian Marygrace Nak Menyanyi Lagu Rancak Tercapai Dua Minggu Berturut-Turut – ‘Saya Harap Dapat Jadi Finalis CSOIAM’
‘Tak layak menang’
Pun begitu, kemenangan Mary tidak menyenangkan segelintir warganet susulan mengatakan ia berhak dimiliki oleh peserta yang lain.
Ketika ditemui OhBulan!, Mary berkata dia tidak berkecil hati kerana itu merupakan pendapat masing-masing dan dia menghormatinya.
Peserta kelahiran Keningau, Sabah itu juga berkata meskipun dirinya rasa tidak layak menjadi pemenang namun dia telah berusaha sebaik mungkin di pentas akhir semalam.
Tak mengapa, itu pandangan mereka dan saya faham.
Sebab saya pun ada rasa layak ke saya bergelar juara.
Semua top 100 sangat hebat tetapi mungkin juri nampak sesuatu dalam diri saya, itu yang buat saya bersyukur sangat-sangat.
Jelas Mary, sasarannya pada awal hanyalah untuk mencari pengalaman selain menambahbaik diri dari aspek persembahan namun bergelar juara ini seperti luar dari jangkaan.
Saya juga minta maaf kalau saya ada buat salah. Biarlah itu semua pandangan awak.
‘Nak jadi role model‘
Mengulas lanjut, pemenang OIAM itu berkata dia juga mahu menjadi role model yang baik pada masa akan datang.
Paling penting saya belajar untuk tidak putus asa. Banyak kali rasa terlalu penat tetapi lama-kelamaan saya ada semangat untuk terus bangkit.
Untuk info, selain wang tunai, Marygrace juga bakal menerima kontrak bersama syarikat rakaman Alternate Record, sebuah kereta Peugeot 408 GT dan sebuah lagu hasil sentuhan karya komposer terkenal Indonesia iaitu Ade Govinda.
Kai Deva yang diumumkan sebagai naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.
Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan dua lagi peserta iaitu Jimi dan Zazleen untuk bergelar juara selepas mereka menduduki tempat ketiga dan keempat.
Kedua-dua peserta itu sekadar meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 seorang.