berita

MAS Beri Diskaun 20% Kepada Pelajar, Guru & Pensyarah

July 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan para pelajar, guru dan pensyarah bakal menerima diskaun 20 peratus bagi tiket penerbangan domestik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) untuk perjalanan pulang susulan sesi pembelajaran yang akan bermula tidak lama lagi.

Boleh kembali ke sekolah dan IPT

Menerusi video berdurasi 1:46 saat, diskaun berkenaan diberikan untuk perjalanan antara 10 Julai hingga 30 November tahun ini. Tambahnya, diskaun tersebut membolehkan mereka kembali ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Mesyuarat mencadangkan dapat diberikan harga istimewa kepada pelajar, guru dan pensyarah kerana mereka terpaksa pulang semula ke tempat kerja dan sekolah atau IPT masing-masing. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines bersama dua pegawainya datang berjumpa saya untuk mengadakan perbincangan dan makluman mengenai perkara itu.

Hasil daripada perjumpaan itu saya dimaklumkan bahawa Malaysia Airlines bersetuju memberi tawaran promosi iaitu yang pertama diskaun 20 peratus kepada guru dan pensyarah IPT awam serta swasta bagi perjalanan domestik.

Ujar beliau lagi, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memanggil Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk membentangkan isu mengenai harga tiket penerbangan yang dianggap masih tinggi.

Harap syarikat lain mampu turunkan harga

Tempahan tiket penerbangan boleh dibuat antara 9 Julai hingga 10 Ogos dan diskaun diperoleh menerusi pembelian secara dalam talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak lama lagi.

Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tamat tempoh keahlian mengikut syarat MH Explorer. Saya ingin ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan Malaysia Airlines Berhad atas persetujuan untuk memberikan diskaun kepada pensyarah, guru dan pelajar. Saya harap syarikat penerbangan lain boleh turut serta menurunkan harga tiket penerbangan ini.

Bagi pelajar, diskaun 20 peratus diberikan melalui program MH Explorer yang boleh diperoleh apabila menjadi ahli melalui laman sesawang Malaysia Airlines.

Sumber: Buletin TV3 & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×