Sebelum ini, bekas pembantu peribadi kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani memberitahu akan berjuang sendirian tanpa bantuan peguam.
Menurut Mel, dia tidak menggunakan khidmat peguam kerana tidak berkemampuan.
Artikel Berkaitan: Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam – ‘Apa-Apa Keputusan Saya Berserah Kepada Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Bagi Peluang Untuk Berbincang & Buat Permohonan Maaf’ – Aliff Syukri
Terbaru, isteri kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida memaklumkan bahawa wanita tersebut mempunyai peguam semasa proses bicara berlangsung.
Siap nak saman balas
Menurut Shahida, sebelum ini wanita itu mempunyai peguam. Tambah Shahida, mereka mahu saman balas RM1 juta terhadapnya pada masa itu. Namun begitu, selepas kes tersebut kalah, peguam yang mewakili bekas pembantu peribadi suaminya itu didakwa hilang.
Ini bukan isu tiada pertimbangan ya. Sebelum ini saya pernah Whatsapp peribadi kenapa buat macam ini. Tiada respons. Masa dah dapat keputusan mahkamah, kalah kes pun mahkamah suruh mohon maaf dia tak buat.
Lepas tindakan penjara baru nak menggelupur. Lepas itu semua macam teraniaya. Sedangkan sehari sebelum bicara pun masih lagi sibuk nak posting buruk pasal saya. Ini bukan kes menentang kaya ke apa. Sebab masa bicara kes dia ada peguam. Peguam dia pun bukan calang-calang.
Terdahulu, Aliff meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka iaitu Melati.
Sumber: Datin Shahida