berita

‘Masa Nikah Dulu Dah Ada Isi Ke..’ – Lagi Seminggu Nak Nikah, ‘Rahsia’ Terbongkar, Rupanya Ibu Bapa…

March 10th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Seorang aktivis terkenal, Syed Azmi menerusi akaun Facebook miliknya ada berkongsi luahan sedih seorang wanita apabila mengetahui dirinya merupakan anak tidak sah taraf. Namun apa yang membuatkannya terkilan adalah status kelahiran tersebut hanya terbongkar beberapa hari sebelum majlis pernikahannya berlangsung.

Rahsia selama berpuluh tahun terbongkar

Foto: Facebook Syed Azmi

Seorang wanita yang dikenali nama Bunga mengakui sangat terkejut selepas mengetahui bahawa dirinya berstatus anak tidak sah taraf. Menurut wanita yang berusia 24 tahun ini, perkara tersebut akhirnya terbongkar selepas dia pergi ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk menguruskan hal pernikahannya memandangkan majlis akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 14 Mac 2021.

Dia pada awalnya menyangka, segala urusan dapat diselesaikan dalam masa terdekat tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila dia telah menerima berita mengejutkan.

Reaksi staff yang berada di kaunter agak resah dan rasa bersalah. Saya turut bingung dan bertanya, ‘kenapa kak, ada masalah?’. Staff tu menjawab, ‘Kena guna wali hakim ni’. Staff juga mengajukan soalan pelik kepada ibu saya, ‘Maaf puan, tapi saya mahu tanya, masa puan nikah dulu, memang sudah ada isi ke atau macam mana?’ dan ibu hanya mengangguk dan mengiyakan soalan yang diaju.

‘Cuma mereka tersalah langkah’

Sekadar gambar hiasan (BaitulMuslim)

Pekerja berkenaan kemudian menunjukkan kepada wanita ini tarikh nikah kedua ibu bapanya iaitu pada bulan November sementara wanita ini dilahirkan pada bulan Mei. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini memaklumkan sebelum ini, dia menyangka dirinya dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan ternyata tanggapannya salah.

Hati saya sakit, hati saya hancur. Saya baru tahu yang saya adalah anak luar nikah. Anak tak sah taraf. Satu hari saya murung tuan. Dari lapar terus hilang rasa lapar pada pagi tu. Saya sangat emosi. Saya menangis.

Wanita ini juga mengakui malu dengan situasi ini lebih-lebih lagi apabila tiba pada hari pernikahan tersebut. Pasti orang ramai akan tertanya-tanya mengenai status kelahirannya memandangkan dia menggunakan wali hakim dan bukannya wali (bapa kandung). Meskipun begitu, dia bersyukur kerana ibu bapa telah membesarkannya dengan baik dan penuh kasih sayang.

Dalam hal ini, saya bukan mencemuh kedua orang tua saya. Saya sayang mereka. Mereka adalah orang tua kandung saya tuan. Cuma mereka tersalah langkah. Dalam masa yang sama, saya juga tidak mahu mereka menahan malu disebabkan hal ini.

Jelasnya lagi, kes ini juga telah dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah untuk mendapatkan wali hakim selain dia berharap agar segala urusan pernikahannya dipermudahkan.

Sumber: Syed Azmi

SKIP THIS AD ×