Baru-baru ini, viral di media sosial seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, duduk berseorangan di luar rumah dipercayai didera oleh keluarga.
Menerusi Twitter, seorang wanita yang mendakwa sebagai kenalan lama mendedahkan si ibu sebelum ini mempunyai niat untuk menggugurkan kandungan.
Sama-sama membesar
Dakwanya, semasa wanita itu sedang mengandung dia sudah merancang untuk gugurkan bayi dalam kandungan tetapi dengan kuasa Tuhan, bayi tersebut selamat dilahirkan.
Ekoran kesan ubat yang digunakan, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Ain itu tidak sama seperti kanak-kanak lain. Tambahnya, dia bersyukur bahawa perbuatan wanita itu akhirnya terbongkar dan berjaya ditahan oleh pihak polis.
Berada dalam keadaan yang selamat
Manakala menerusi Twitter Jurais, lelaki tersebut memberitahu bahawa adik Ain kini berada dalam keadaan yang sihat. Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada pihaknya. Pada masa yang sama, lelaki tersebut turut menasihati netizen supaya mengambil iktibar daripada kisah ini dan lebih peka terhadap human rights.
Twitter: Jurais