berita

Masa Untuk Road Trip! Nah 5 Lokasi Dengan Aktiviti Best Yang Boleh Korang Cuba!

November 19th, 2021 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Apa plan korang untuk habiskan cuti tahunan? Takkanlah nak duduk rumah je bila rentas negeri dan pelbagai aktiviti pelancongan dah pun dibenarkan semula.

Inilah masanya untuk korang plan road trip dengan geng atau keluarga! Kalau tak ada idea nak kemana.. Jangan risau.. Biar kami yang tolong listkan tempat-tempat best dengan aktiviti menarik untuk korang cuba!

Sendayan, XPARK

Kredit foto: XPARK

Ni lokasi paling best kalau korang nak datang dengan geng yang ramai! Ada macam-macam aktiviti untuk korang cuba termasuklah go kart, atv, paintball, motorcross, wall climbing dan banyak lagi!

XPARK ni terletak di Bandar Sri Sendayan, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, 70300, Siliau, Negeri Sembilan. Untuk harga dan maklumat lanjut korang boleh ke laman web rasmi dorang dekat SINI.

Bukit Jugra, Paragliding

Kredit foto: myMetro

Aktiviti paragliding atau luncur udara dekat sini dikendalikan oleh pilot berpengalaman, jadi korang tak payah risau sebab korang akan ‘terbang’ dengan selamat selama lebih kurang 30 minit untuk menikmati pemandangan indah kawasan sekitar dari ketinggian 600 kaki di atas aras laut!

Kos untuk aktiviti ni dianggarkan sekitar RM240 seorang, Info lanjut ada dekat SINI.

Pantai Batu Ferringhi, Aktiviti sukan air

Pulau Pinang bukan je terkenal sebagai syurga makanan tapi ada macam-macam lagi aktiviti untuk korang buat bila ke sini termasuklah menikmati aktiviti sukan air di Pantai Batu Ferringhi!

Korang boleh cuba parasailing, banana boat, jetski ride dan banyak lagi!

Kalau korang tak pandai berenang pun rilex je, sebab ada life jacket disediakan. Paling penting, check dulu keadaan cuaca sebelum pergi, bila nampak macam nak hujan lebat janganlah korang gatal juga pergi..

Ipoh, Tasik Cermin & Lokasi sarapan cool!

Kredit foto: Tripadvisor

Tak berapa gemar aktiviti lasak? Jom jalan-jalan cari makan di sekitar Ipoh! Paling popular mestilah lokasi sarapan cool di New Hollywood yang ada macam-macam jenis menu untuk korang pilih termasuk pan mee, chee cheong fun, roti bakar telur goyang dan aneka pilihan lain!

Dah kenyang makan bolehlah bergambar di tasik cermin pula, barulah lengkap trip korang ke Ipoh!

Tapi bukan tu je tau, sebenarnya ada banyak lagi tempat best korang boleh melawat dekat ipoh macam Concubine Lane dan Pasar Karat, Loken (Hanya dibuka pada hari Ahad, 7 pagi – 1 petang)

Berkelah di pantai Port Dickson

Kredit foto: Fasehah

Nak bersantai hujung minggu tapi tak nak buat aktiviti yang terlalu memenatkan? Jom berkelah di Pantai Port Dickson (PD)! Dapat luangkan masa tengok laut sambil makan-makan dengan yang tersayang best juga kan?

Perjalanan buat korang yang di KL nak ke PD pun tak memakan masa yang lama, tapi kalau rasa macam penat tu hentikan dulu pemanduan dan rehatlah dekat Shell station!

Kuasakan perjalanan dengan Shell!

Dapatkan rehat secukupnya, beli kopi, snek atau barang keperluan lain dekat Shell, barulah perjalanan korang akan jadi lebih smooth untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Korang tahu tak bila isi minyak dan berbelanja dekat Shell Select atau deli2go korang boleh guna kad Bonuslink? Yeas Boleh! Sambil belanja, kumpullah mata ganjaran BonusLink geng, korang juga yang untung sebab dengan 200 Bonuslink Standard Points korang akan dapat RM5 baucar Shell (tawaran masa terhad).

Dengan Bonuslink, korang bukan je boleh tebus baucar minyak tapi ada macam-macam lagi hadiah menarik menanti! Haa.. Lagi banyak mata ganjaran korang kumpul lagi bestlah ganjaran korang!

Untuk yang baru nak mendaftar sebagai ahli BonusLink, korang boleh berbuat demikian dimana-mana Shell station berhampiran atau muat turun je aplikasi Blink app.

Blink app membolehkan pengguna untuk membuat pendaftaran dan berfungsi sebagai kad virtual yang memudahkan korang untuk kumpul serta semak mata ganjaran.

Melalui aplikasi ni, pengguna juga boleh muat turun deals menarik berhampiran korang, buat pembayaran tanpa tunai dan lalukan pemindahan baucar kepada kawan atau ahli keluarga.

Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar, korang akan menerima RM4 baucar Shell dan 100 mata BonusLink! Maklumat lanjut mengenai mata ganjaran BonusLink boleh didapati di SINI

Pssttt.. Ni rahsia tau, tapi dengarnya nanti Shell dan Bonuslink ada peraduan khas yang menawarkan isian penuh minyak secara percuma untuk road trip korang! Wuhuu! Jimat duit!

Kalau nak tahu pasal peraduan ni korang kena rajin-rajin lawat Facebook OhBulan! Sebab lebih banyak info akan dimuat naik di sana!

Goodluck!

SKIP THIS AD ×