berita

Masa Untuk Undi Penyanyi Sebenar Paling Best Di I Can See Your Voice Malaysia Sekarang!

June 3rd, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Hello kepada semua peminat setia I Can See Your Voice Malaysia! Korang mesti dah tengok ICSYVM Edisi Raya (Episod 11) yang telah ditayangkan pada hari raya ke-8 (31 Mei 2020) hari tu kan? Haaa, macam mana? Confirm tak kering gusi bila tengok telatah dan gelagat artis jemputan dan juga ahli panel penyiasat bersuara sumbang.

Selepas episod 11 ICYVM musim ke-3 ini melabuhkan tirai, kini bermula lah pula tugas korang untuk mengundi penyanyi sebenar kegemaran korang.

Siapakah bakal bergelar juara?

Untuk pengetahuan semua, I Can See Your Malaysia Musim Ke-3 yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE  ini menampilkan tujuh penyanyi sebenar yang bakal merebut impian untuk bergelar penyanyi di bawah naungan Monkey Bone dan Warner Music. Lebih mengujakan adalah sang juara juga layak untuk memiliki sebuah single. Wah, menarik!

Sebanyak 60% daripada markah keseluruhan akan ditentukan oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, wakil Warner Music, Raqeem Brian dan juga komposer terkenal iaitu Yusry Abdul Halim, Audi Mok dan Mas Dewangga. Manakala markah selebihnya iaitu 40% akan dinilai berdasarkan jumlah undian orang ramai secara atas talian. Jadi, penyanyi sebenar yang berjaya meraih markah tertinggi akan merangkul gelaran juara I Can See Your Voice Malaysia!

Senarai nama penyanyi sebenar

Berikut adalah senarai ketujuh-tujuh penyanyi sebenar iaitu Syed Noh Aljeffri, Norisma Ummirah, Mohd Harith Danial, Firas Aliyan, Clinton Jerome Chua, Mohd Akmal Izzat dan yang terakhir ialah Ahmad Syamim. Antara lagu yang didendangkan oleh mereka ialah Terabadi (Daniesh Suffian), Sumpah (Aina Abdul), Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Selamanya (Usop), I Want You To Love Me (Alif Satar), Sumpah (Naim Daniel) dan Bisa Aja (Faizal Tahir).

Jangan lupa undi ye!

I Can See Your Voice Edisi Raya (Episod 11)

Haaa, dah tahu ke nak undi siapa? Kalau korang masih keliru tak tahu nak pilih siapa, jangan risau! Korang boleh undi dan tengok klip video persembahan kesemua penyanyi sebenar di laman web https://www.xtra.com.my/icsyv/

Tunggu apa lagi? Jom undi sekarang sebab undian dah dibuka bermula 31 Mei 2020 hingga hari Ahad (14 Jun 2020) jam 11:59 malam. Undian boleh dibuat sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti dan korang juga boleh menambah 10 undian lagi untuk setiap alat peranti melalui perkongsian laman web mengundi di media sosial anda (TBC). Senang je!

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Jun 2020 menerusi laman sosial Facebook & Instagram @TV3Malaysia dan Instagram @SenangTerhibur. Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari laman web https://www.xtra.com.my/icsyv/.

SKIP THIS AD ×