berita

Masak Sup Tak Sedap, Suami Rantai Isteri Macam Anjing Dan Biarkan Kelaparan Selama 3 Hari

April 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara masak sup tidak sedap, seorang wanita dirantai di leher dan tidak diberikan makanan mahupun minuman oleh suaminya di Ukraine.

Menerusi laporan Mirror, lelaki yang dikenali sebagai Alexander, 40 tahun itu, bertindak sedemikian kerana ingin memberikan pengajaran buat isterinya, Angela, supaya tidak melakukan kesilapan yang sama lagi. Kejamnya!

Dirantai dalam sebuah bilik

Menurut Angela, kejadian tersebut berlaku pada Disember 2017, selepas mereka berdua bertengkar kerana hidangan sup yang dimasak olehnya itu agak masam. Tidak boleh menerima rasa hidangan sup tersebut, suaminya itu menjerit dan bertindak memukul dan merantai dirinya di dalam sebuah bilik di rumah mereka di kampung Novokamenka.

Ditemui dalam keadaan yang pucat

Wanita tersebut ditemui dalam keadaan wajah yang sangat pucat dan gementar oleh saudara maranya ketika mereka datang ke rumahnya. Saudaranya juga telah membantu untuk menelefon pihak polis dan ambulans ketika melihat keadaan wanita itu.

Ketika panggilan dilakukan, suaminya dipercayai sudah melarikan diri. Namun, beberapa jam kemudian, pihak polis berjaya menangkap suaminya itu berhampiran sebuah garaj di sekitar 20 kilometer dari kediaman mereka. Suaminya itu dipercayai cuba untuk bersembunyi di kawasan garaj berkenaan.

Sup hanyalah satu alasan

Dia menjerit dan menjerit kepada saya kerana kualiti masakan saya tidak baik. Namun, saya tahu itu hanyalah satu alasan buat dirinya kerana saya telah berhenti memberikan wang kepada dirinya.

Setelah di soal siasat, suaminya itu mengaku bahawa dia merancang untuk melakukan perbuatan tersebut terhadap isterinya selama sembilan hari. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap Alexander, tetapi dia membuat rayuan supaya hukuman tersebut dapat dikurangkan. Mahkamah Rayuan Mykolaiv itu tidak menerima rayuan yang dibuat oleh Alexander lalu mengesahkan bahawa hukuman itu tidak akan berubah.

Sumber: Mirror

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×