berita

Masalah Air Kotor Selesai, Penduduk Kelantan Minta Fizo Omar Buat Live Di Rumah Mereka – ‘Bila Viral Baru Ambil Tindakan’

September 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas menyuarakan ketidakpuasan hati dengan kualiti air di negeri kelahirannya, Kelantan baru-baru ini, pelakon Fizo Omar mendedahkan dia sudah mendapat respon balas daripada pihak yang terlibat.

Artikel Berkaitan: Kongsi Masalah Air Teruk Di Kampung, Netizen Perli Fizo Tak Bersyukur – ‘Saya Bersuara Sebagai Rakyat Kelantan’

AKSB dah hubungi

Menurut Fizo, 36, berkata pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah pun menghubungi dia semalam bagi menyelesaikan masalah air kotor yang tidak selamat digunakan untuk aktiviti harian.

Ujar pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar, dia berharap agar masalah yang sudah lama timbul ini dapat diselesaikan di seluruh Kelantan bukan hanya di rumahnya.

Berkaitan isu air di Kelantan. Pihak yang berkaitan dan AKSB telah pun menghubungi saya dan semalam telah pun menghantar team untuk selesaikan masalah air kotor di kawasan saya.

Saya berharap pihak yang berkaitan dapat selesaikan masalah air di semua tempat di Kelantan. Terima kasih di atas kerjasama dari pihak AKSB.

Kena viral baru kerja jalan

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikut Instagram mencadangkan agar pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa menggunakan platformnya untuk menviralkan kawasan lain yang menghadapi masalah sama.

Di samping itu, ruang media sosial itu turut digunakan wargamaya untuk menceritakan keadaan air di rumah mereka yang masih belum dibaikpulih.

 

Sumber: Instagram @fizoomar 

SKIP THIS AD ×