Kecoh di media sosial apabila seorang Pencetus Ummah (PU) meminta Caprice untuk menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum campur tangan perkara lain.
Artikel berkaitan: PU Syed ‘Petik’ Aurat Isteri, Caprice Berang Bagi 24 Jam Untuk Minta Maaf – ‘Jangan Sampai Saya Bongkar Rahsia!’
Terbaru, isteri Caprice iaitu Farra Inalis dilihat memuat naik satu posting di Instagram yang didakwa berbaur sindiran.
Untuk siapa?
Masalah dengan orang yang berfikiran tertutup ialah mulut mereka sentiasa terbuka.
Menerusi posting tersebut, Farra menyatakan bahawa orang yang berfikiran tertutup kebiasaannya akan bercakap ‘lebih’ mengenai individu lain. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah ayat ‘mulut sentiasa terbuka’ yang ditulis olehnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa posting Farra mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan. Malah, ada yang mendakwa Farra seakan ingin tujukan posting tersebut kepada PU yang bercakap mengenainya. Farra turut meletakkan emoji ‘sedih’ di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, Caprice berjaya meraih sokongan daripada netizen kerana berani mendedahkan perbualan remaja lelaki yang didakwa menjadi mangsa amang seksual seorang pendakwah bebas.
Sumber: Farra Inalis