Hampir setahun bertugas di awan biru, pelakon dan penyanyi Didi Astillah memberitahu dia sudah berhenti kerja sebagai pramugari.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Capaikan Cita Cita Kak Long’ – Bella Astillah Bangga Didi Jadi Pramugari
Artikel Berkaitan: Didi Astillah Tidak Tahu Bila Akan Berbaik Dengan Aliff Aziz – ‘Saya Nak Move On’
Dah dua bulan berhenti
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Didi berkata, atas faktor masalah kesihatan dia tidak dapat meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pramugari.
Atas faktor masalah kesihatan, saya dah tak kerja sebagai pramugari. Saya kena berhenti sebab tak ‘fit’ untuk terbang. Dah dua bulan saya tak terbang. Mengenai masalah kesihatan saya tak boleh kongsikan secara lanjut. Cuma, Alhamdulillah semakin okay.
Tambah Didi, dia berasa lebih tenang selepas berhenti kerja.
Saya rasa tenang selepas berhenti jadi pramugari. Bukan tak suka jadi pramugari jangan salah faham. Sebab itu impian saya dan Bella sejak kecil. Tapi sebab masalah kesihatan yang membuatkan saya tak teruskan kerjaya itu.
Berbicara lebih lanjut, Didi mengakui dia seorang yang ‘introvert’ apabila usianya semakin meningkat.
Saya jadi sangat introvert dengan orang yang tak kenal. Kalau pergi show dan konsert, pasti rasa tak selesa. Pelik juga. Dulu tak ada macam ni. Tapi masih lagi tak teruk. Saya cuba sibukkan diri untuk menangani rasa introvert.
Mungkin apabila saya sertai Famili Duo nanti, perasaan itu akan bertukar dan menjadi lebih baik.
Di akhir temu bual, adik kepada Bella Astillah ini turut berkata, dia mahu menjadi seorang penerbit pada masa akan datang.
Dulu kalau orang tanya saya cita-cita nak jadi apa, saya akan jawab penyanyi dan pelakon. Selepas itu saya cakap nak jadi pramugari. Selepas ini saya nak jadi huruf ‘p’ juga iaitu produser’.
Sekadar info, Didi akan memeriahkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ 30 November ini bersama kakaknya, Adira, Stacy, Marsha, Nikki Palikat dan Wani Kayrie.