berita

Masalah Peribadi Bukan Punca Syafiq Kyle & Mimi Lana Batal Nikah

August 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Syafiq Kyle, Mimi Lana

Berita pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti terkenal iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya diadakan pasa 18 Ogos ini telah mengejutkan ramai pihak.

Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Akad Nikah 18 Ogos Ini

Bukan masalah peribadi

Syafiq Kyle, Mimi Lana

Pengurus Mimi yang dikenali sebagai Iman Tang berkata, aktres berusia 27 tahun itu ada menghubunginya pada Selasa lalu untuk memaklumkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin tidak memperincikan sama ada membatalkan terus atau menangguhkan ke satu tarikh lain.

Mimi ada hubungi saya pada Selasa untuk maklumkan yang tarikh 18 Ogos yang sepatutnya menjadi tarikh pernikahan mereka telah dibatalkan.

Saya ada tanya dia, batal atau tangguh tapi dia cuma jawab tarikh 18 Ogos itu memang tak jadi. Ikutkan persiapan mereka semuanya dah siap, venue, katering semua dah bayar.

Sebab segala persiapan mereka berdua yang uruskan bersama, kiranya majlis itu sangat personal untuk mereka.

Dalam masa sama, Iman turut menafikan khabar angin yang mengatakan pembatalan majlis pernikahan tersebut disebabkan berpunca daripada masalah peribadi pasangan itu.

Saya ada tanya Mimi, ada masalah apa-apa ke? Mimi cakap tak ada masalah apa-apa. Apa yang saya boleh tegaskan, tiada masalah peribadi yang menjadi punca.

Sebab saya sendiri ada jumpa mereka pada hujung minggu lalu. Mereka nampak okay dan kami ada makan bersama-sama. Jadi tiada isu atau masalah peribadi.

Pada petang Jumaat, Iman Tang telah menghantar satu mesej ringkas kepada tetamu dan jemputan khas memaklumkan majlis pernikahan Mimi dan Syafiq yang dijadualkan 18 Ogos ini telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.

Sumber: Gempak (Asyikin)

SKIP THIS AD ×