Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba majlis pernikahan aktor Syafiq Kyle dan aktres Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini dibatalkan.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Ujian Dalam Tempoh Pertunangan, Hanya Saya Yang Tahu’ – Syafiq Kyle
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Selektif Terima Tajaan Perkahwinan
Batal majlis nikah
Berita mengejutkan itu disahkan sendiri oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.
Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf atas segala kesulitan.
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan daripada Iman Tang dan Syafiq tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab serta kiriman mesej tidak dibalas.
Untuk rekod, pasangan itu pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.
Sumber: Mstar