Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-6, Nooryana Najwa Najib menyatakan bapanya akan pulang ke pangkuan keluarga sekiranya menang pada perbicaraan kes membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd.
Artikel Berkaitan: PRU15: ‘Isu Politik Tolong Hentikan Dulu’ – Najib Razak Rayu Ahli Politik Fokus Bangunkan Negara
Artikel Berkaitan: Jabatan Penjara Malaysia Nafi Dakwaan Najib Terima Layanan Istimewa
Perjuangan tak pernah berakhir
Di Instagram, Nooryana memberitahu semakan kehakiman kes SRC akan bermula pada 19 Januari 2023. Semakan tersebut dilakukan agar bapanya mendapat keadilan kali ini. Jika menang pada bulan Januari nanti, mereka sekeluarga akan bersatu semula kata Yana.
Dalam pada itu, Nooryana meluahkan rasa tidak sabar menunggu detik bermakna itu selain akan terus berjuang demi membawa pulang bapanya ke pangkuan keluarga selepas beberapa bulan dihukum penjara.
Perjuangan ‘#justice4dsn’ tidak pernah berakhir. Kita masih ada satu lagi peluang. Jadi, kita simpan ‘parut’ lama, jahit semula luka dengan kemas dan bangkit berdiri atas perjuangan ini kembali.
Bukan itu sahaja, dalam posting tersebut juga, anak kepada mantan perdana menteri ini turut menjelaskan beberapa perkara yang telah menafikan hak Datuk Seri Najib bagi mendapatkan proses perbicaraan yang adil. Antaranya termasuklah permohonan untuk memasukkan lebih 40 bukti baharu yang kukuh telah ditolak.
Selain itu, permohonan penangguhan oleh peguam Najib untuk diberi tempoh yang munasabah bagi membuat persediaan yang wajar selepas mengambil alih kes itu dari peguam lain juga telah dinafikan. Bahkan, peguam tidak dibenarkan untuk menarik diri selepas permintaan penangguhannya ditolak dan mengakibatkan Najib dinafikan daripada pembelaan pada peringkat Mahkamah Persekutuan.
Malah, tiga lagi perkara lain yang turut disertakan adalah seperti berikut:
1. Hakim mahkamah tinggi yang tiada pengalaman kes jenayah tetapi dipindah untuk mengambil alih kes SRC dari hakim sedia ada setelah perbicaraan berlangsung tidak mengisytihar bahawa dia mempunyai ‘conflict of interest’ kerana didapati pernah berurusan terus dengan SRC dan 1MDB.
2. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah dua kali melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 serta menolak segala cadangan dari Suruhanjaya Pelantikan Hakim supaya melantik hakim pilihan mereka pada tahun 2018 dan 2019 seperti dilapor dalam laporan pasukan khas.
3. Penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan sudah siap ditulis dan terbocor biarpun pihak pendakwaan belum selesai berhujah dan sebelum pihak pembelaan mula membela.
Sumber: Yananajib