berita

‘Masih Ada Sinar Harapan Buat Kami’- Dr Say Shazril Syukur Isteri Hamil Lagi

June 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui Dr Say Shazril dan isteri, Azura Abas dikurniakan seorang zuriat lelaki selepas bertahun mereka berusaha untuk memiliki zuriat sendiri. Meskipun pernah mengalami penyakit Teratozoospermia iaitu masalah kesuburan air mani lelaki, pasangan tersebut bersyukur kerana impian mereka dimakbulkan Allah.

Terbaru, Dr Say sekali lagi berkongsi berita gembira di mana isterinya sedang hamil anak kedua mereka. Tahniah!

Best father’s day gift ever!

Saya mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi sy tak boleh tahan! Pagi tadi sy dapat panggilan cemas dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregnany test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak! Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?”. Dah dia kalut sy lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok”.

Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH! Sy tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang2nya pregnancy mereka dah masuk 2nd trimester tapi bagi sy jadi atau tidak itu belakang kira. Sekurang2nya ada sinar harapan yang kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat.

Menurut Dr Say, sempena Hari Bapa semalam, dia sangat gembira apabila isterinya memberitahu berita gembira mengenai kehamilan itu. Tambahnya, berita tersebut merupakan hadiah paling terbaik buat dirinya. Bercerita mengenai kejutan tersebut, Dr Say berharap dengan kehamilan ini mereka mampu mempunyai peluang mendapatkan zuriat lagi.

Doakan kandungan ini

Sebab ape doktor cakap macam tu? Doc dah dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi?”. Ahaa tu semua ada sy jelaskan dalam my 1st Youtube video coming up really soon peeps! Something yg sy & bini tak pernah kongsikan dalam socmed kami kemungkinan yg kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi. Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini sy ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya. Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa ahaha.

Di samping itu, Dr Say memberitahu bahawa dia tidak pernah bercerita kepada umum bahawa mereka sukar mendapatkan zuriat lagi. Oleh itu, dia berharap semua orang mendoakan kandungan isterinya itu terpelihara.

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×