Foto: Harian Metro
Sehingga ke hari ini, wanita yang dikenali sebagai Nur Hafizah masih lagi belum dijumpai selepas dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air hampir sebulan yang lalu.
Kehilangan Nur Hafizah itu sangat dirasai ahli keluarga yang perlu menyambut perayaan Aidilfitri tanpa kelibatnya di sisi.
Artikel Berkaitan:
Syawal disambut penuh syahdu
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, perayaan Aidilfitri tahun ini disambut ahli keluarga Nur Hafizah dengan penuh duka dan syahdu.
Menurut kakak kepada Hafizah, Nur Wahida, 25, tiada sebarang persiapan dibuat keluarganya untuk menyambut Aidilfitri tahun ini bahkan majlis keraian itu disambut secara ala kadar ditambah pula dengan kediaman mereka baru saja dilanda banjir.
Setiap tahun kami akan sama-sama menyediakan juadah kuih gunting selain mengemas rumah, memasang pelita dan sebagainya.
Malah Kak Ngah (Hafizah) sudah merancang mahu memakai baju sedondon warna biru pada raya tahun ini tapi dia tiada, jadi kami sekeluarga tidak melakukan apa-apa persiapan.
Hantaran mesej sebelum hilang
Wahida turut mendedahkan bahawa adiknya itu ada menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan mengatakan ‘saya sayang awak’ namun hanya menganggap ia sebagai usikan kerana adiknya suka bergurau.
Saya tidak menyangka mesej itu penuh makna dan kami sekeluarga masih menanti kepulangannya walau apa pun keadaannya,” katanya yang tidak putus berdoa supaya adiknya ditemui.
Dalam pada itu, sehingga ke hari ini bapanya pasti akan turun ke sungai setiap hari dan berdoa agar adiknya dapat ditemui semula.
Ayah masih belum dapat menerima kehilangan Kak Ngah namun keadaannya kini bertambah baik berbanding di awal kejadian.
Orang kampung juga masih membantu meneruskan usaha mencari Kak Ngah walaupun operasi pencarian dihentikan pada 4 April lalu.
Untuk info, Nur Hafizah dilaporkan hilang selepas dibawa arus sungai deras ketika menyeberangi jambatan gantung untuk pulang ke rumahnya bagi menyelamatkan kucing peliharaan selepas rumah mereka ditenggelami banjir.
Walau bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 4 April lalu selepas usaha untuk mencarinya gagal untuk dilakukan.
Sumber: Harian Metro