berita

Masih Bergelar Isteri Orang, Selebriti Popular Indonesia Mengaku Terlibat Dalam Video Lucah Dengan Lelaki Lain

December 31st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, dunia hiburan Indonesia telah dikejutkan dengan satu berita berkaitan seorang penyanyi iaitu Gisella Anastasia yang didakwa terlibat dalam satu video pornografi bersama seorang lelaki.

Terbaru, penyanyi cantik jelita itu mengakui bahawa dirinya memang dirinya terlibat dalam video pornografi berkenaan.

Akhirnya Gisella mengaku

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, kejadian tidak senonoh itu telah berlaku di salah sebuah hotel di Medan, Indonesia sekitar tahun 2017 yang lalu. Tetapi video lucah berdurasi 19 saat tersebut baru sahaja tersebar di media sosial baru-baru ini. Gisella sebelum ini hanya dipanggil sebagai saksi.

Hal ini kerana, wajah wanita yang ada di dalam video tersebut dikatakan menyerupai dirinya. Selepas siasatan dijalankan, wakil polis, Yusri Yunus memaklumkan akhirnya Gisella bersama seorang lagi lelaki iaitu Michael Yukinobu Defretes (MYD) mengaku bahawa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kedua-duanya mengakui adalah individu di dalam video yang tular di media sosial itu, adalah mereka. Dia (Gisella ) mengakui, bahawa perkara itu berlaku pada 2017 di salah satu hotel di Medan.

Tindakan undang-undang bakal dikenakan

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh Giselle bersama Michael Yukinobu Defretes (bukan suami) ketika dia masih bergelar isteri kepada pelakon, Gading Marten. Namun, pada tahun 2019 Gisella dan suaminya telah bercerai. Sementara itu, pihak berkuasa juga telah mendapatkan bahan bukti, keterangan saksi dan sebagainya berhubung kes ini.

Difahamkan, mereka sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penyebaran video seks berkenaan. Dalam keterangan, Gisella juga mengakui ketika kejadian dia berada dalam keadaan mabuk.

Kedua-dua tertuduh bakal didakwa di bawah Artikel 4,29 dan 8 Akta Pornografi 2008, yang antara lain melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi. Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

Sumber: Tribunnews, Liputan6

SKIP THIS AD ×