berita

Masih Dalam Pusat Pemulihan Dadah, Nia Ramadhani & Suami Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah

November 25th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie telah ditahan oleh polis selepas didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan dadah. Pasangan ini juga mengaku telah mengambil bahan terlarang itu sejak beberapa bulan yang lalu.

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Artikel Berkaitan: Nia Ramadhani, Suami Akui Ambil Dadah Sejak 5 Bulan Lalu Sebab Tekanan Kerja

Bakal dihadapkan ke mahkamah

Memetik laporan CNN Indonesia, Penyiasat Polis Jakarta Pusat menyerahkan suspek dan bahan bukti berkaitan kes jenayah narkotik membabitkan pelakon Bawang Merah Bawang Putih iaitu Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie kepada Mahkamah Negeri Jakarta Pusat untuk tindakan lanjut.

Susulan daripada itu, Ketua Pendakwa Raya Jakarta Pusat iaitu Bima Suprayoga memaklumkan pihak pendakwa raya kini sedang merangka pendakwaan untuk perbicaraan berkaitan kes yang akan berlangsung di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat. Difahamkan, Nia dan Ardie dipindahkan ke Mahkamah Negeri Jakarta Pusat ketika mereka masih menjalani pemulihan di Bogor.

Menurut Bima Suprayoga, proses itu akan dihadiri peguam bela yang mewakili suspek, penyiasat Polis Metro Jakarta Pusat dan beberapa anggota pendakwa raya. Menurut sumber, pasangan suami isteri ini telah menjalani program pemulihan selama dua bulan dan kini berbaki dua bulan lagi.

Terdahulu, pihak berkuasa telah menahan Nia Ramadhani, Aride Bakri dan pemandu peribadi Nia Ramadhani berikutan penemuan sejumlah dadah jenis syabu di dalam sebuah kenderaan dengan anggaran harga kira-kira 1.5 juta Rupiah (RM431.82).

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×