Pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah mengaku mengambil dadah jenis syabu setelah ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia dan menerusi ujian saringan air kencing mendapati pasangan ini positif. Nia Ramadhani bersama suaminya dan pemandunya telah ditahan pihak polis tempatan pada hari Rabu setelah serbuan dibuat.
Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’
Di media sosial, netizen memuat naik semula beberapa foto dan video Nia Ramadhani yang kelihatan berwajah cengkung serta pucat. Fizikalnya semakin kurus seperti orang tidak sihat.
Disebabkan tekanan kerja
Menurut laporan CNN Indonesia, pasangan suami isteri ini telah mengaku mengambil dadah sejak lima bulan lalu. Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers iaitu Yusri Yunus memaklumkan hasil serbuan pihak berkuasa tempatan telah menemui dadah jenis syabu seberat 0.78 gram di kediaman Nia Ramadhani.
Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan termasuk pemandu peribadinya. Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong). Nia mengakui mengambil barang itu kerana tekanan kerja yang banyak.
Sebelum ini, pihak berkuasa telah berjaya menahan pemandu peribadi Nia Ramadhani dan menemui sejumlah dadah jenis syabu di dalam kenderaan tersebut dengan anggaran harga kira-kira 1.5 juta Rupiah (RM431.82).
Cengkung wajah Nia
@ranggablessmeBanyak uang belom tentu hidup kita bahagia? ##fyp?? original sound – Chris Andrian Yang
Dalam pada itu, netizen turut membongkar semula beberapa video dan foto keadaan terkini Nia Ramadhani yang kelihatan pucat dan cengkung sebelum ditahan pihak polis tempoh hari.
Penampilan Nia di majlis anugerah
Nia Ramadhani dan Raffi Ahmad pic.twitter.com/McJYcbWyjh
— ?hibooran (@hibooran) July 8, 2021
Lebih mencuri perhatian umum apabila menyaksikan penampilan Nia Ramadhani di sebuah majlis anugerah yang telah berlangsung tempoh hari. Dalam majlis tersebut, Nia Ramadhani yang ditugaskan sebagai penyampai anugerah bergandingan bersama Raffi Ahmad itu kelihatan dia hilang fokus dan percakapannya juga kurang jelas kedengaran.
Sumber: CNN Indonesia