Sejak pertengahan tahun ini, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan akan mula beralih daripada penggunaan siaran analog kepada siaran digital MyFreeView. Usaha ini dijalankan secara berperingkat bersama-sama dengan MyTV dan perkhidmatan myFREEVIEW.
Terbaru, dua orang pengguna dari pinggir bandar berpuas hati dengan peralihan analog pandu (ASO) ini. Menurut mereka kualiti siaran digital setanding dengan tawaran yang dibuat oleh pembekal perkhidmatan TV berbayar tempatan yang lain.
Beralih ke siaran digital sepenuhnya pada 31 Oktober
SIARAN AKHBAR:
MALAYSIA BERALIH KEPADA SIARAN TV DIGITAL SECARA
SEPENUHNYA PADA 31 OKTOBER 2019#ASO#KemakmuranBersama#KKMM#MCMC#myFreeview#mytv#SharedProsperity#siarantvdigital pic.twitter.com/CgvsbO98Yf— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) September 24, 2019
Pada 23 September lalu, pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua negeri-negeri di Malaysia akan beralih ke rangkaian televisyen digital MyFreeView pada 31 Oktober. Peralihan siaran TV analog ke Televisyen Terestrial Digital (DTTB) menandakan era baharu bidang penyiaran Malaysia.
Di samping ia juga merupakan salah satu usaha penting kerajaan untuk memacu negara ke digitalisasi dan memperoleh dividen digital menerusi penggunaan 700MHz spectrum untuk memperkasa komunikasi jalur lebar tanpa wajar contohnya 5G.
Perkongsian dari pengguna sendiri
Menerusi Malay Mail, seorang lelaki dikenali sebagai Ahdenan Tasman dari Ulu Kinta kongsi pengalamannya sepanjang penggunaan DTTV (Digital Terrestrial Television) di rumah. Ahdenan telah menjadi pengguna myFreeview selama kira-kira satu tahun apabila MYTV datang ke kawasannya.
Menurutnya, dia menerima saluran yang disenaraikan oleh myFreeview dengan kualiti yang setanding dengan tawaran yang dibuat oleh pembekal perkhidmatan TV berbayar tempatan yang lain. Malah, MYTV turut menawarkan juga stesen radio selain siaran TV biasa.
Ketika hujan, saya masih dapat menonton TV tidak seperti sebelum ini.
Seorang lagi pengguna pinggir bandar, Zarah Hussein turut berpuas hati dengan penggunaan DTTV ini. Menurutnya kotak set kecil ini memudahkan untuk dibawa kemana-mana di dalam rumah atau dimana-mana sahaja.
Apabila Malaysia melengkapkan peralihan menjelang Oktober ini, myFreeview mengumumkan akan menambah beberapa saluran bebas-to-air baru dan akan membolehkan ciri interaktif DTTV kepada orang ramai. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo akan merasmikan pelancaran DTTB ASO di seluruh negara pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Bertindak sekarang untuk menerima kemudahan ini
Sehubungan itu, rakyat kini boleh menerima siaran TV myFreeview dengan dua kaedah iaitu memasang dekoder dan aerial Ultra High Frequency (UHF) ke televisyen atau memasang aerial UHF kepada televisyen yang dilengkapi sistem TV Digital Bersepadu (IDTV).
Sila bertindak sekarang untuk menikmati kemudahan disediakan kerajaan ini. Sila semak sama ada TV di rumah anda sedia untuk ASO. Anda boleh melayari laman web MYTV atau terus hubungi di talian 1800-18-1088.