berita

‘Masih Lagi Berlembut Jika Dibandingkan Lelaki Lain Yang Melarang Bekas Isteri Nusyuz’ – Along Cham

May 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelawak, Along Cham menerima kecaman daripada netizen gara-gara didakwa melarang bekas isterinya, Zila Seeron bertemu dengan anak tunggal mereka, Ahmad Danial.

Dianggap zalim

Dituduh zalim dan tidak berperikemanusiaan, Along menjelaskan yang bekas isterinya itu tidak dibenarkan membawa Danial keluar atau tidur di rumah kerana mengikut perintah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Tambah Along, sehingga ke hari ini dia masih berdiam diri dan tidak menceritakan punca sebenar perceraian mereka. Ujar Along lagi, dia masih lagi berlembut jika dibandingkan dengan lelaki lain yang melarang bekas isteri yang nusyuz untuk terus bertemu dengan anak.

Saya terima mesej daripada netizen di media sosial yang berkata kononnya mereka dapat maklumat yang saya tak benarkan Zila untuk datang jenguk anak dan bawa keluar dari rumah. Ada yang mungkin tak faham situasi sebenar, atau tidak mengikuti kes perceraian kami. Hal ini kerana, dalam perintah mahkamah, dia memang hanya dibenarkan melawat anak sahaja. Yang ikut kes kami mesti faham, yang baru ikut akan kata saya zalim.

Rumah sentiasa terbuka

Along juga memberitahu dia tidak pernah melarang Zila untuk menjenguk anak bahkan, pintu rumah sentiasa terbuka untuk Zila.

Memang saya tak pernah bercerita punca kami bercerai tapi saya tak pernah larang untuk dia datang jenguk anak. Tentang penjagaan, saya berpendapat ramai yang faham tentang hukum nusyuz. Saya ni kira masih berlembut hati. Ada sesetengah lelaki tak bagi langsung jumpa anak.

Bercerita lebih lanjut, Along berkata kali terkahir mereka bertemu adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020.

Mungkin dia ada alasan kenapa tak tengok anak. Tapi mereka ada berhubung menerusi telefon. Selain itu, saya dapat berita yang dia sudah mendirikan rumah tangga. Agaknya dia sibuk tanggungjawab baru. Saya nak marah pun tak boleh, dan takkan nak paksa dia datang tengok anak.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×