berita

Masih Ramai Tak Tahu, LHDN Seru Peniaga Mohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Segera

October 26th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Lembaga Hasil Dalam Negeri, menyeru kepada peniaga-peniaga mikro yang masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) agar segera berbuat demikian sebelum 31 Oktober 2020.

Cara untuk memohon

Gambar sekadar hiasan

Permohonan GKP ini akan dibayar secara one-off berjumlah RM 3,000. Pemohon boleh layari laman web KitaPrihatin bagi membuat permohonan bagi melayakkan anda menerima bantuan tersebut. GKP ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam membantu peniaga-peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Antara syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu untuk memohon bantuan GKP adalah seperti yang berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:  Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  4. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
  5. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  6. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara pembayaran

Pembayaran ini akan dikreditkan terus kepada akaun berdaftar pemohon GKP. Tambahan pula, pembayaran ini akan dibuat bermula 25 November 2020 bagi meringakan beban para peniaga. Tarikh akhir untuk membuat permohonan GKP 2.0 ini adalah 31 Oktober 2020.

Kenyataan media

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri 

SKIP THIS AD ×