Tanggal 21 Ogos depan, genaplah 8 tahun usia perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa ataupun lebih dikenali sebagai Datuk K.
Artikel Berkaitan: Foto : Dato’ Siti & Suami Bagai Pasangan Baru Bercinta
Walaupun begitu, mereka masih lagi dilihat romantis seperti pasangan yang baru berkahwin. Mana taknya, akaun Instagram milik penyanyi terkemuka tanah air ini seringkali dihiasi dengan foto mesra bersama suami.
Foto sekitar sambutan ulangtahun Datuk K
Terbaru, Dato’ Siti juga telah memuatnaik beberapa keping foto sekitar majlis ulangtahun suaminya yang ke-55. Majlis kesyukuran yang dibuat secara sederhana itu juga diadakan sekaligus dengan sambutan maulidur rasul.
Peminat turut mendoakan kebahagiaan Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya
Malah, Dato’ Siti juga tidak lekang untuk mengucapkan kata-kata romantis buat suami tercinta di caption foto-foto tersebut. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto menerusi insta video yang dimuatnaik oleh Dato’ Siti lepas ini.