berita

Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!

October 30th, 2015 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

Screen Shot 2015-10-21 at 12.53.22 PM

Kadang-kadang tu rasa jealous pun ada bila abam tengok member-member semua dah ada kekasih. Nak tengok movie duduk couple seat, bila makan bersuap, selfie sama-sama lepas tu letak kapsyen sweet kat Instagram.. Hmm bila la nak jadi bahagia macam diorang tu.

Tapi takpe.. Hidup mesti diteruskan! Mungkin belum masanya abam nak ada kekasih. Ini beberapa sebab kenapa abam kena enjoy ke tahap maksimum sementara masih single ni. Best jugak rupanya jadi single ni. Ehemm korang yang dah ada boyfriend/girlfriend tu jangan jealous ok.

1) Korang nak tidur lama mana pun orang tak kisah

stages-of-being-the-only-single-friend

Kadang-kadang tu kita penat kerja tidur sampai lewat malam. Bila nak tidur tu, masuk pula email kat inbox kena buat kerja lain pula. Esok pula kekasih ajak dating pukul 10 pagi. Fuhh awal sangat tu.. Takut tak bangun je nanti.

Bila lambat bangun confirm korang kena ‘bising’ dengan kekasih korang. Kan dah bingit telinga. Tapi kalau anda single, korang boleh dapat rehat selama mana yang korang nak. Korang nak tidur sampai satu minggu pun takpe!

2) Boleh beli kasut dan handbag baru untuk anda sendiri

giphy

Kami faham, bagi yang ada kekasih tu mesti kerap bagi hadiah untuk ambil hati diorang kan? Kadang-kadang tu kumpul duit sampai berbulan-bulan untuk beli hadiah mahal. Bagus lah macam tu.. tak salah pun.

Tapi lagi best jika hasil duit yang korang kumpul tu beli untuk kepuasan korang sendiri. Contohnya macam kasut, handbag dan barang make up. Korang beli dan korang juga yang menggunakannya. Huhuuu

3) ‘Work Hard, Play Hard’

Screen Shot 2015-10-21 at 1.06.03 PM

Anda mesti pernah dengar perkataan ‘work hard, play hard’ kan? Haa.. ini antara kelebihan bagi korang yang masih lagi single. Nak tahu sebab apa? Sebab korang boleh luangkan masa untuk diri sendiri.

Lagi satu, korang boleh capai impian untuk bekerja dengan lebih fokus tanpa gangguan atau masalah peribadi.

4) Bebas Dari Komitmen

im-not-lonely-i-have-me

Yes! Tiada komitmen! Korang nak pergi mana-mana pun tak payah nak minta izin kat kekasih korang. Bukan semua, tapi ada sesetengah pasangan kalau nak keluar pergi kedai runcit sebelah rumah pun nak kena whatsapp ‘Cayang, ayang nak pergi kedai runcit jap boleh tak?’

5) Boleh luangkan banyak masa dengan rakan & keluarga

godfather

Ingat, apa yang penting dalam dunia ni adalah keluarga, terutamanya ibu bapa. Kerana mereka yang membentuk dan memberi tunjuk ajar untuk kita jadi insan yang lebih baik. Rakan-rakan juga penting kerana mereka akan sentiasa ada untuk memberi semangat dan dorongan untuk kita.

Jadi, antara sebab itu luangkan masa yang lebih untuk keluarga dan rakan-rakan lagi berbaloi. Lagi satu, jangan risau walaupun korang takde teman, tapi anda ada Honey Bear untuk menemani anda. Eh Honey Bear tu siapa? Kalau nak tahu jom layan video di bawah ni.

Untuk pengetahuan korang, demi menunjukkan penghargaan kepada peminat mereka, honor ingin memberikan tawaran hebat dan pelbagai kejutan sepanjang hari pada 11th November ini.

Layari Vmall.my sekarang dan daftar sebelum 9th November untuk menikmati promosi honor dan baucar tunai. Serta dapatkan aksesori pada harga RM11 sahaja. Hanya untuk masa terhad. Nantikan promosi yang lebih menakjubkan di Vmall.my.

honor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×