Sebelum ini, viral mengenai kisah seorang model di London yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan hanya menjual bulu pada badannya. Wanita yang dikenali sebagai Camille Alexander dipercayai memperoleh hampir £2,000 (RM11,252) dalam tempoh sebulan hasil jualan ‘bulunya’ itu.
Artikel berkaitan: Empat Tahun Tak ‘Shave’, Wanita Raih RM11 Ribu Sebulan Jual Bulu Badan
Susulan daripada kisah viral tersebut, penyanyi, Baby Shima sempat berseloroh dan teringat mengenai gurauan para ibu terhadap anak mereka yang tidak mempunyai wang.
Masin mulut mak
View this post on Instagram
Dulu tak ada duit mak kata “pergi jual bulu”. Masin mulut mak, zaman sekarang bulu pun laku.
Terhibur membaca kisah wanita raih RM11,000 sebulan hasil jual bulu badan, Shima teringat bahawa ramai para ibu di luar sana selalu berseloroh dengan anak mereka mengenai ‘pergi jual bulu’ sekiranya mahukan wang. Ujar Shima, lawak tersebut ternyata menjadi kenyataan apabila di luar negara ada juga individu yang sanggup menjual bulu badan bagi meraih pendapatan setiap bulan. Jelas Shima, dia tidak menyangka kata-kata para ibu pada zaman dahulu dan sekarang ‘masin’ dan benar.
Semua mak cakap benda sama
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat video Baby Shima. Menurut netizen, ibu mereka pernah bercakap mengenai perkara yang sama sewaktu mereka kecil dan dewasa. Bahkan, ada juga para ibu yang suruh anak mereka pergi ke pajak gadai untuk menggadai bulu sekiranya mahukan wang. Tambah netizen, lawak mengenai isu bulu ini sangat ‘legend’ dan pasti akan bermain di fikiran mereka tatkala tidak mempunyai wang.
Sumber: Baby Shima