berita

‘Maskot’ Anak Kambing Sertai Perbarisan Rumah Sukan, Tiba-Tiba Terlepas.. Kecoh Suasana!

March 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memang ‘rare’ apabila hari sukan sekolah di utara tanah air bertukar kecoh dengan kemunculan maskot seekor anak kambing. Kambing tersebut bukan sahaja berada di posisi hadapan perbarisan, malah berpakaian hijau yang sepadan dengan warna rumah sukan berkenaan.

Menerusi pengguna Twitter Farer, yang merupakan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, video yang dimuat naik olehnya itu telah mendapat lebih 9k retweet daripada netizen.

Rare tak rare, aku bawa kambing

Menerusi laporan MStar, acara sukan berkenaan merupakan Kejohanan Olahraga Sempena Ulang Tahun ke-100 sekolah tersebut. Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan, kehadiran kambing tersebut merupakan kreativiti salah satu daripada lima buah rumah sukan yang lain.

Ia merupakan kreativiti masing-masing untuk acara perarakan sempena kejohanan tersebut. Pihak sekolah tidak mengehadkan kreativiti mereka selagi ia bukan negatif dan mematuhi etika peraturan sekolah.

Kambing itu untuk mereka seronok-seronok pada hari sukan. Kalau mereka bawa kambing itu tiba-tiba hendak sembelih di tengah padang, memang tidak boleh, dan akan kena marah.

So cute 

https://www.instagram.com/p/ButgbXXj7I7/

Katanya lagi, pada awalnya dia hanya menyangkakan bunyi kambing itu sengaja dibuat-buat oleh pelajarnya tetapi bila melihat wujudnya kambing yang sebenar, kesemua orang yang berada di situ mula terhibur.

Idea sejak tiga tahun lalu

Sementara itu, ketua rumah sukan berkenaan, Mahzan Mohidin, memberitahu bahawa kambing tersebut merupakan ideanya sejak tiga tahun lalu dan sekarang baru boleh digunakan, kerana tahun ini dia dilantik sebagai ketua untuk rumah sukan berkenaan.

Tambahnya, sepanjang dia membawa kambing berkenaan, keadaan agak terkawal kecuali semasa acara lintas hormat, kambing tersebut terlepas seketika, namun berjaya dikawal semula.

Sumber: FarerRazi Saari & Mstar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×